Connect with us

Oh! Media

Mak Jah Terpaksa Gadaikan Barang Kemas Kerana Kanser

Umum

Mak Jah Terpaksa Gadaikan Barang Kemas Kerana Kanser

Mesti korang kenal sangat dengan pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Jah yang sebelum ini dikatakan turut menghidap kanser rahim tahap satu.

ADVERTISEMENT

Mak Jah yang mengetahui penyakit kansernya itu, tiga tahun lalu terpaksa menggadaikan barang kemasnya untuk memnanggung kos rawatan yang kini telah mencecah puluhan ribu ringgit.

“Barang kemas boleh dicari, tetapi nyawa tiada galang ganti. Selagi boleh berusaha, saya tidak mengalah untuk bebaskan diri daripada penyakit itu.

“Sehingga hari ini, saya tidak mampu menebus barang kemas yang dibeli dengan hasil titik peluh bekerja sebagai anak seni.

“Tidak mengapa kerana saya baru bangkit dan mula bekerja selepas dua tahun kurang mendapat tawaran berlakon. Alhamdulillah, saya sudah sihat sepenuhnya dan boleh bekerja seperti dahulu,” katanya.

Mak Jah turut berkongsi saat dia mengetahui penyakit itu hadir dalam dirinya tiga tahun lalu dan mengakui dia berasa sangat sedih dan ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berkurung dan menjauhkan diri daripada rakan-rakan.

Namun, selepas lebih tiga tahun menderita, pelakon filem Mami Jarum, Lady Boss dan Hingga Hujung Nyawa itu disahkan bebas kanser, April lalu.

“Ketika sakit, saya tolak tawaran berlakon kerana memikirkan tiada guna lagi saya terus mengejar duniawi. Doktor yang merawat marah kerana saya terlalu melayan emosi.

“Saya hanya kembali bangkit, tahun lalu selepas mendapat motivasi daripada seorang ustaz. Ketika itu, saya bersolat setiap waktu di masjid hingga ustaz pelik melihat saya menangis seorang diri setiap hari,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas