Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Menetapkan Ikat Jamin RM4.26 Juta Kepada Pembunuh George Floyd

Umum

Mahkamah Menetapkan Ikat Jamin RM4.26 Juta Kepada Pembunuh George Floyd

Bekas anggota polis, Derek Chauvin yang dituduh membunuh seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM4.26 juta oleh pihak mahkamah. Chauvin yang telah ditahan di penjara Minnesota tidak mengaku bersalah walaupun terdapat bukti rakaman beliau menekan leher Floyd sehingga hampir sembilan minit.

ADVERTISEMENT

Selain itu, 3 lagi bekas anggota polis yang dikatakan bersubahat bersama Chauvin telah dihadapkan ke mahkamah minggu lepas. Kesemua mereka yang terlibat telah dilucutkan jawatan sebagai anggota polis dan bakal menerima hukuman penjara selama puluhan tahun jika disabit kesalahan.

Sementara itu, terdapat ribuan rakyat amerika telah berhimpun di Houston yang merupakan tempat kelahiran Floyd untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang. Semoga kesemua tertuduh mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

OHMEDIA: KEMATIAN FLOYD PASTI AKAN MENJADI SATU SEJARAH DI AMERIKA

Kredit: Berita harian

+ Baca respon pembaca mahkamah menetapkan ikat jamin RM4.26 juta kepada pembunuh George Floyd di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas