Connect with us

Oh! Media

Mahar Rasulullah ‎ﷺ kepada Isteri

Umum

Mahar Rasulullah ‎ﷺ kepada Isteri

ADVERTISEMENT
Berapa besar mahar yang diberikan oleh Rasulullah kepada isteri-isterinya? 
Abu Salamah radhiallahu ‘anhu menceritakan: Aku telah berkata kepada Aisyah radhiallahu ‘anha “Berapakah mahar yang telah dibayar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?”
Dia menjawab, “Mahar yang diberikannya kepada isteri-isterinya adalah dua belas uqiyah dan satu nasy.” Dia bertanya, “Tahukah kamu berapakah satu nasy itu?” Aku menjawab, “Tidak.”
Dia berkata, “Setengah uqiyah, jumlah semuanya seharga lima ratus dirham.” (HR Muslim, Abu Daud dan An-Nasa’i).
Berapakah satu uqiyah itu? 

Syaikh Mansur Ali Nashif menceritakan, satu uqiyah sama dengan empat puluh dirham. Sehingga 12 uqiyah ditambah satu nasy, total berjumlah 500 dirham. 500 dirham  senilai seperempat dinar, setara dengan nilai mahar Abdurrahman bin ‘Auf.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas