Connect with us

Oh! Media

Luahan Sultan Johor Selepas 12 Hari Pemergian Tunku Jalil. Sayu Hati.

Umum

Luahan Sultan Johor Selepas 12 Hari Pemergian Tunku Jalil. Sayu Hati.


“Telah 12 hari berlalu semenjak anakanda saya, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, meninggalkan kita.

Saya dan keluarga ingin merakamkan penghargaan kami kepada anda semua
yang telah berdoa dan menghantar ucapan takziah buat Almarhum dan kami
sekeluarga.

Saya juga sesungguhnya amat menghargai serta Menjunjung
setinggi kasih keatas Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan
Negeri Pahang Darul Makmur, Sultan Ahmad
Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, kerana telah Mencemar Duli turut
bersama sewaktu pemakaman Almarhum.


Saya juga ingin merakamkan
penghargaan saya kepada Paduka-Paduka Kekanda dan Adinda Sultan-Sultan
yang lain diatas ucapan takziah yang telah diterima dan diatas
keberangkatan wakil masing-masing. 

Terima kasih juga kepada ahli-ahli
majlis eksekutif, menteri-menteri, orang-orang kenamaan asing, kaum
kerabat, rakan-rakan, Bangsa Johor, dan semua rakyat Malaysia, yang
telah hadir memberi penghormataan terakhir kepada Almarhum.


Ia
sesungguhnya satu masa yang pedih buat keluarga kami untuk menghadapi
apa yang berlaku walaupun kami menyimpan semua memori indah tentangnya.


Perasaan kasih yang telah ditunjuk dan dikongsi oleh anda semua
terhadap Almarhum sangat mendalam dan mengesankan, dan telah membantu
melegakan hati kami yang berduka ini.


Sebagai seorang bapa,
kesakitan kehilangan seorang anak adalah amat memeritkan. Tiada ibu atau
bapa yang patut mengebumikan anak mereka, namun, Allah juga Yang Maha
Mengetahui.


Almarhum merupakan seorang yang rendah diri, baik hati
dan penyayang, dan saya amat berbangga dengannya. Walaupun disaat-saat
terakhirnya, Almarhum sedang menanggung kesakitan yang amat sangat,
kebimbangannya bukan tentang dirinya sendiri tetapi tentang kami semua.


Senyumannya menyinari kehidupan kami dan walaupun dia telah
meninggalkan kami sebelum kami bersedia melepaskannya, dia akan terus
kekal didalam hati kami selama-lamanya.


Saya berharap Yayasan Kanser
Tunku Laksamana Johor yang mana telah diasaskan oleh Almarhum bagi
membantu mereka yang menderita dari kanser akan memberi manfaat kepada
rakyat Malaysia, tua dan muda, yang sedang bergelut dengan penyakit
tersebut.


Lil sesungguhnya istimewa dan tidak akan dilupakan. Mama,
abang-abang, kakak, adik-adik Lil dan Babah, akan mengingati Lil
sepanjang hayat kami.”


Al-Fatihah.

ADVERTISEMENT

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas