Connect with us

Oh! Media

Liverpool Mara Ke Pentas Akhir – Kejutkan Barcelona 4-0

Umum

Liverpool Mara Ke Pentas Akhir – Kejutkan Barcelona 4-0

Meskipun tanpa pemain sensasi mereka, Mo Salah dan Roberto Firmino, akibat kecederaan. Liverpool berjaya melayakkan diri ke pentas akhir dengan membenam Barcelona dengan jaringan 4-0 (aggregate 4-3) bagi meneruskan misi untuk memenangi Piala Juara-Juara untuk kali ke 6.
Bermain di laman sendiri, Liverpool tampak lebih bersemangat dengan beberapa percubaan ke arah gawang gol Barcelona. Gol pembukaan Liverpool diledak oleh Divock Origi pada minit ke 7, kemudian disusuli dengan gol oleh supersub, Georginio Wijnaldum pada minit ke 54 dan 56. Gol terakhir dijaringkan oleh Divock Origi akibat kelekaan barisan pertahanan Barcelona pada minit ke 79 menerusi sepakan sudut.

ADVERTISEMENT

Barcelona kelihatan buntu untuk memecah barisan pertahanan pihak lawan yang di barisi pemain pertahanan termahal dunia, Van Dijk, Robertson, Matip dan Alexender-Arnold. Lionel Messi sekali gagal membantu Barcelona mara ke pentas akhir Piala Juara-Juara meskipun dibarisi skuad utama. Kali terakhir memenangi piala ini pada musim 2014/2015, setelah menewaskan Juventus dengan jaringan 3-1.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas