Connect with us

Oh! Media

Liverpool Akhirnya Tewas di Etihad

D1ea79047a7694b8c2178db377f89029jpg

Umum

Liverpool Akhirnya Tewas di Etihad

Pertembungan diantara pendahulu Liga Perdana Liverpool dan penyandang juara Liga Perdana musim lalu Manchester City, memberikan Liverpool kekalahan pertama pagi tadi. Keputusan 2-1 yang memihak Manchester City itu telah menganggu keselesaan pasukan Liverpool di atas liga.

City kini mengejar skuad kendalian Jurgen Klopp dengan hanya perbezaan empat mata, hasil jaringan kemenangan Leroy Sane, 18 minit sebelum tamat perlawanan, selepas Roberto Firmino menyamakan jaringan Sergio Aguero pada babak pertama buat tuan rumah.

Aguero membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-40, sebelum Firmino mengikat kedudukan pada minit ke-64, namun Sane muncul wira City apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-72.

IKLAN

Sembilan kemenangan berturut-turut memberikan Liverpool kelebihan di persada liga ketika mereka bersedia menghampiri gelaran pertama sejak 1989/90, terutama selepas City mengalami kekalahan berturut-turut di tangan Crystal Palace dan Leicester sebelum memulakan musim perayaan.

Dengan kedua-dua pasukan tidak akan bertemu lagi dalam saingan liga, kini nasib Liverpool masih bergantung kepada mereka sendiri, tetapi mereka kini berdepan tekanan City yang mencipta gelaran dengan rekod 100 mata musim lalu.

Liverpool masih kekal di puncak liga dengan meraih 54 mata selepas mengharungi 21 perlawanan, City di tangga kedua (50 mata) diikuti Spurs (48 mata).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas