Connect with us

Oh! Media

Lisa Surihani Sebak Kongsi Detik Sukar Alami Keguguran

saya2btak2bboleh2bterima2bdia2bhanya2bsebab2brasa2bkasihan 2bbella2bastillahjpg

Umum

Lisa Surihani Sebak Kongsi Detik Sukar Alami Keguguran

Korang kenal tak Lisa Surihani pelakon Lagenda Budak Setan tu? Lisa kelihatan sebak ketika mendedahkan detik sukar waktu dia mengalami keguguran dulu time dia mengandung Yahaira Leanne. Lisa ada memberitahu melalui satu video yang telah diupload di laman Instagram, Mingguan Wanita. Video itu merupakan sedutan episod program Tanya Doktor Imelda yang akan tayang pada hari Khamis ini yang bertajuk ‘Punca dan Tips Tangani Keguguran’.

“Lisa kongsi pengalaman keguguran. Bercakap tentang isu keguguran, dalam episod Tanya Doktor Imelda kali ini Lisa Surihani berkongsi pengalamannya sendiri dalam melalui detik pahit iaitu, keguguran. Nak tahu kisahnya lebih lanjut, make sure anda standby depan tv esok untuk tonton Tanya Doktor Imelda,” tulis kapsyen Instagram Mingguan Wanita.


“Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri… Sewaktu saya mengandung anak yang pertama, saya sebenarnya mengandung anak kembar. Bila saya buat pemeriksaan dan kemudian saya diberitahu oleh doktor yang seorang anak sudah tiada heart beat.

IKLAN

“Saya bersyukur yang saya dapat melahirkan Yahaira Leanne, tapi saya nak tahu, kenapa boleh berlaku? Sebab saya tanya, what does it mean? Adakah ia bermaksud yang ada prosedur yang perlu dilakukan?” luah Lisa.

Kalau korang nak tahu cerita Lisa Surihani yang pernah mengalami keguguran, jangan lupa saksikan  Tanya Doktor Imelda pada Khamis ini, 18 Julai, jam 9 malam hanya di Astro Prima (105) dan Prima HD (121). 

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas