Connect with us

Oh! Media

Lisa Surihani Kongsi Tip Turun Berat Badan Hingga 11Kg

Umum

Lisa Surihani Kongsi Tip Turun Berat Badan Hingga 11Kg

 

Umum sedia maklum bahawa berat badan aktres cantik Lisa Surihani meningkat secara ketara semasa mengandungkan anak sulungnya, Yahaira Leanne.

Malah, walaupun selepas melahirkan Yahaira berat badan Lisa masih tidak hilang begitu banyak. Ramai netizen yang mahu melihat aktres cantik itu kembali mendapatkan bentuk badannya yang asal.

ADVERTISEMENT

Sehinggalah penampilan Lisa pada hari raya yang lalu. Lisa kelihatan kurus malah seakan kembali mendapat bentuk badannya sebelum mendirikan rumahtangga.

Ditanya kepada Lisa apa yang diamalkan sehingga berjaya menurunkan berat badan sehingga 11kg, Lisa kongsikan 5 tips ini.

1. Kawal Hidangan

“Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah karbohidrat, suku daripadanya sayur, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar hunger level. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.

2. Makan buah sebelum makan

“Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.

3. Senaman

“Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara.

“Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa ‘sedap’ dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

“Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.

4. Air

“Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.

5. Supplement

“Saya rasa ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang perlu.

 
 

Kredit: astrogempak

Lepas Diet, Ini Paling Best Untuk Cheat Day

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas