Connect with us

Oh! Media

Lisa Surihani Ditawar Jadi Duta Jenama Tudung

Umum

Lisa Surihani Ditawar Jadi Duta Jenama Tudung

Sejak Lisa Surihani membuat keputusan untuk berhijab, dia banyak mendapat tawaran untuk menjadi duta tudung. Murah betul rezeki Lisa! Tetapi baginya masih awal untuk terima tawaran tersebut sebab dia baru je berhijab.

ADVERTISEMENT

Ada tawaran menjadi duta, tapi buat masa sekarang belum lagi. Biarlah proses ini berjalan secara perlahan. Sebab takut sangat jika niat tersasar. Dalam masa sama, saya tak berani nak beri kata putus sama ada tidak mahu atau nak buat. Alhamdulillah, apa yang saya nampak mereka nak membantu dengan perjalanan spiritual sedang dilalui ini. Kalau nak tahu, sewaktu dapat hadiah pemberian Vivy ini, mak terkejut sebab dia menjangka saya ‘shopping’ tudung. Saya jadi ‘blur’ sekejap sebab mustahil tak ingat benda yang dibeli. Jadi, apabila pulang ke rumah, saya tengok ada tiga beg. Saya terus telefon dan cakap terima kasih. Dia cakap gembira dengan keputusan saya ini.

Bukan Vivy Yusof sorang je yang bagi hadiah tiga bag tudung berjenama Duck dekat Lisa, dia pun ada terima banyak DM di Instagram yang nak hantar tudung.

Begitu juga apabila ramai peminat DM nak hantar tudung. Saya berterima kasih dengan tawaran ikhlas mereka. Setakat ini memang banyak yang berikan hadiah. Masih berfikir nak susun macam mana.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas