Connect with us

Oh! Media

Ini Lima Selebriti Wanita Yang Berkulit Gelap!

Umum

Ini Lima Selebriti Wanita Yang Berkulit Gelap!

Hari ini sis nak kongsi sikit dengan korang tentang selebriti wanita yang berkulit gelap. Disebabkan sekarang ni ada isu hangat pasal warna kulit ni, so sis nak kongsikan beberapa selebriti yang berkulit gelap but janganlah meletakkan warna kulit tu sebagai kekurangan yang boleh jadi bahan kutukan korang dan kelemahan diri.

ADVERTISEMENT

Okay, biar sis cerita sikit siapa antara lima selebriti tu. Manalah tahu korang tak kenal kan selain Haneesya Hanee, bukan dia sorang je tau yang berkulit gelap. Jom kita tengok siapa selebriti yang sis maksudkan!

1. Neeta Manishaa

Neeta Manishaa lebih dikenali sebagai Neeta yang lahir pada 16 November 1994 di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan vokalis bagi kumpulan iamNEETA. Kalau korang nak tahu dia bukan beragama Islam tau, sis dengar dia bangsa Chindian (Chinese dan Indian). Mati-mati dulu sis ingat dia orang melayu tau.

2. Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai abil lahir 2 Disember 1984. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara dan model. Bagi korang yang tak tahu siapa Nabila Huda ni, beliau adalah anak kepada Amy Search.

3. Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah Awang Dowty lahir pada 20 Julai 1981. Beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman. Beliau terkenal dengan lagu berduet bersama Hael Husaini iaitu Haram dan kemungkinan juga beliau juga kekasih kepada Hael. Fuh!

4. Cheryl Marina

Cheryl Marina binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Cheryl Samad (lahir 23 Mac 1980) merupakan seorang pengacara, pelakon dan penyanyi. Cheryl mempunyai adik-beradik seramai tiga orang serta berdarah kacukan Melayu Portugis.

5. Nurul Wahab

Noorulhuda binti Abdul Wahab lahir 27 Julai 1977 di George Town, Pulau Pinang. Beliau lebih dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nurul Depp. Merupakan seorang penyanyi, pengacara, pelakon,
penulis lirik dan ahli perniagaan.

Sis tengok diaorang okey je dengan warna kulit diaorang. Malah pandai menyerlah walaupun kulit diaorang berwarna gelap. Sis dekat sini nak kongsikan bahawa warna kulit bukan alasan untuk anda rendah diri dan rasa itu sebagai kelemahan diri! Sentiasa bersyukur dan hargai keunikan diri anda.

Ingat tau bukan korang sorang je yang kulit cerah atau kulit gelap. Ramai lagi orang berkulit macam tu cuma mereka bersyukur dan hargai diri mereka sendiri.

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas