Connect with us

Oh! Media

Lima Sahabat Rentung Akan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

image2b2528522529jpg

Umum

Lima Sahabat Rentung Akan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Lima sahabat daripada enam mangsa ditemui rentung di sebuah rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, Jelapang semalam. Ke semua jenazah akan dikebumikan di dalam satu liang lahad dan telah dipersetujui oleh ahli keluarga masing-masing memandangkan persahabatan semua mangsa yang terjalin sejak kecil.

Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata, hubungan mereka juga tidak ubah seperti adik beradik.

“Kemana saja mereka pergi atau ada aktiviti mesti buat sama-sama, jadi semalam kami dah bincang dan ambil keputusan untuk kebumikan bersama dalam satu liang lahad,” katanya.

IKLAN

Semua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, hari ini.

Bapa mangsa, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata, mereka dipanggil untuk menjalani ujian DNA, pagi ini selepas proses pengecaman sukar dilakukan berikutan keadaan mangsa yang rentung.

“Ada mereka minta kami bawa laporan perubatan dan pergigian, tetapi manalah ada, tak pernah buat pun.

“Saya sendiri tak dapat nak cam anak saya, jalan paling selamat buat DNA,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang, semalam Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16; Ahmad Faizal Aminuddin, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, ditemui rentung.

Turut terkorban, P Thiagarajan, 40, yang merupakan pemilik syarikat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas