Connect with us

Oh! Media

Lidah Paling Banyak Melakukan Dosa

Umum

Lidah Paling Banyak Melakukan Dosa

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada di antara kita yang berpendapat bahawa lidah merupakan anggota badan yang paling banyak melakukan dosa. Benarkah? 

JAWAPAN 

Sebanyak-banyak anggota badan manusia yang selalu melakukan dosa ada tujuh anggota yaitu mata dan telinga dan lidah dan perut dan kemaluan dan kaki dan tangan.
Dan yang paling banyak serta paling mudah melakukan dosa ialah lidah.
Diriwayatkan dari Sufyan bin Abdullah As-Saqafi r.a. berkata : Aku telah bertanya akan Nabi saw : 

يا رسولَ الله أَخبِرني بشَىءٍ أَعتَصِمُ بهِ، قالَ (قُل ءامَنتُ باللهِ ثم استَقِم) قال قُلتُ مَا أَشَدُّ مَا تتَخَوّفُ عليَّ فقَال (هَذا) أي أخَذَ رسولُ اللهِ بلسَانِه فقَالَ لهُ هَذا


Artinya : “Wahai Rasulullah! Beritahu kepadaku dengan suatu perkara yang aku akan pelihara dengannya. Jawab Rasulullah : Katakanlah aku telah beriman dengan Allah kemudian hendaklah kamu bersitiqamah. Kemudian aku bertanya lagi : Apakah yang perlu aku takut atas diriku? Rasulullah mengeluarkan lidahnya dan bersabda : Ini yakni berkata-kata.” (Sahih Ibnu Hibban)

Alangkah elok pesanan berkenaan  memelihara lidah yang telah disebut oleh Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari :


فيجِبُ على الإنسانِ أن يحفَظ لسَانَه، وطَريقَةُ حِفظ اللّسان أن يتفَكّر الإنسانُ في عَاقِبةِ مَا يَخطُر لهُ أن يتكَلّم به، ثم إن لم يَكُن فيه خَطرٌ يَنطِقُ به، هذا طَريقُ السّلامةِ، أكثَرُ الكفر يكونُ باللّسان، وأكثَرُ العَداواتِ سَببُها اللّسان، وأكثَرُ الخصُوماتِ كذَلك، وأكثرُ أسبابِ التّباغُض والتّقاطُع هوَ اللّسان، كلُّ إنسانٍ ليُحَاسِبْ نَفسَهُ ويُفَكِّر فيمَا يعُودُ عَليهِ كلامُه الذي يتكَلَّمُ بهِ قَبلَ أن يَتكلَّمَ فبِذلكَ السّلامَة. الشيخ المحدث عبد الله الهرري


Artinya : “Maka wajib atas seorang itu bahawa memelihara akan lidahnya. Dan jalan memelihara lidah itu bahawa seorang itu hendaklah berfikir pada akibatnya adakah perkara yang akan diucapkan  itu salah. Maka jika tidak ada kesalahan dia mengucapkannya maka haruslah dia berkata dengannya. Inilah jalan yang selamat kerana banyaknya kekufuran berlaku disebabkan lidah dan banyak terjadi permusuhan dari sebab lidah dan sering berlaku perkelahian begitu juga. Dan juga banyak menjadi sebab saling membenci dan memutuskan persaudaraan ialah lidah. Setiap manusia hendaklah menghisab dirinya dan berfikir sebelum berkata-kata akan akibat yang akan diterimanya sebab perkataannya yang dia telah ucapkan. Maka dengan sebab itu dia mendapat keselamatan.” 

Wallahua’lam

ADVERTISEMENT
Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca lidah paling banyak melakukan dosa di Facebook Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas