Connect with us

Oh! Media

LG Bakal Hadir Dengan 16 Kamera Utama Pada Telefon Pintar

Lg phone with 16 cameras could be in the worksjpg

Umum

LG Bakal Hadir Dengan 16 Kamera Utama Pada Telefon Pintar

Kebanyakan syarikat pembikin telefon pintar sekarang sedang mencari sesuatu yang diluar jangka dan berlainan dari pesaing-pesaing mereka. Kini kita sedang melihat revolusi penggunaan kamera pada telefon pintar yang masing-masing ingin menjadi yang terbaik dan dapat menarik hati pembeli.

Terbaru, LG mengumumkan untuk melakukan satu projek terbaru mereka dan kini sedang mempatenkan telefon dengan 16 kamera.

Model futuristik LG ini bakal menarik minat setiap pengguna telefon pintar yang mempunyai hobi mengambil gambar kerana peranti ini mempunyai kamera yang seakan mata lalat dan boleh mengambil gambar dari pelbagai arah secara serentak.

IKLAN

Berdasarkan penawaran kemudahan mengambil gambar dari pelbagai arah secara serentak, pengguna hanya perlu memilih gambar yang terbaik untuk digunakan mereka.

Telefon pintar dengan 16 kamera ini juga mempunyai sudut pandangan yang boleh diubah setelah ianya diambil dan mempunyai sebuah cermin pada bahagian belakang bagi memudahkan proses mengambil swafoto.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas