Connect with us

Oh! Media

Lewat Hadir Solat Jumaat Dan Hanya Sempat Rakaat Kedua

dcdjpg

Umum

Lewat Hadir Solat Jumaat Dan Hanya Sempat Rakaat Kedua

Soalan:
Saya lewat hadir solat Jumaat dan hanya sempat di rakaat kedua. Perlukah saya solat Zohor atau tambah satu rakaat sahaja? Dan apakah saya mendapat Jumaat?

Jawapan:
Berkenaan persoalan di atas, jika dia sempat satu rakaat bersama dengan Imam, maka dia mendapat Jumaat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الصَّلاَةِ، فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلاَةَ
“Barangsiapa yang sempat mendapat satu rakaat daripada solat (solat jumaat dan lain-lain) maka dia mendapat solat itu.” [Riwayat Bukhari (580) dan Muslim (607)]

IKLAN

Disebabkan dia sempat satu rakaat bersama imam, maka dia hanya perlu menambah satu rakaat sahaja. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَدْرَكَ مِنَ الْجُمُعَةِ رَكْعَةً فَلْيُصَلِّ إِلَيْهَا أُخْرَى
“Barangsiapa yang sempat satu rakaat (bersama imam) dalam solat Jumaat maka dia tambah satu rakaat lagi.” [Riwayat Ibn Majah (1121), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (5945) dan al-Hakim (1708)]

Akan tetapi, jika dia tidak sempat satu rakaat bersama imam, maka dia perlu menambah 4 rakaat solat Zuhur. Sebagai contoh dia datang ketika imam sedang tahiyyat akhir. Ini kerana solat Jumaat wajib secara berjemaah. Daripada Tariq bin Syihab RA, Nabi SAW bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ
“Jumaat itu adalah hak wajib setiap Muslim lelaki dalam keadaan berjemaah.” [Riwayat Abu Daud (1067)]

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: “Sesungguhnya dikira dapat berjemaah dalam solat Jumaat dengan dapat sekurang-kurangnya satu rakaat penuh. Oleh itu, sekiranya dapat satu rakaat sahaja maka Jumaatnya sah.” [Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/509]

Di dalam Syarh al-Zad dan Hasyiahnya menyebut: “Sesiapa yang mendapati bersama imam sempat satu rakaat solat Jumaat, maka dia sempurnakan satu rakaat lagi secara ijmak. Tetapi jika tidak sempat walaupun satu rakaat – seperti imam i’tidal pada rakaat, kemudian seseorang itu baru masuk solat bersamanya – maka hendaklah dia sempurnakan solat Zuhur dengan empat rakaat.” [Lihat Taudhih al-Ahkam, 2/572]

Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas