Connect with us

Oh! Media

Lepas Ujian Puspakom Walaupun Lantai Bas Reput – Murid Tahun 6 Maut Jatuh Bas Sekolah

kenapa bas reput ini dibenarkan berada atas jalan rayajpg

Umum

Lepas Ujian Puspakom Walaupun Lantai Bas Reput – Murid Tahun 6 Maut Jatuh Bas Sekolah

Semalam telah kecoh satu kejadian yang mengakibatkan seorang murid tahun 6 terjatuh dari bas sekolah dan maut. Walaubagaimanapun, hasil siasatan telah mendapati bas terbabit telah mendapatkan permint dan lulus ujian Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) pada Mei lalu.

Selain itu, polis juga telah memeriksa bahawa pemandu bas turut mempunyai lesen memandu yang sah dan berpengalaman selama empat tahun memandu bas sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, “Pada masa kejadian, hanya terdapat 31 murid bersama pemandu tanpa ada guru pengiring atau pihak sekolah.

IKLAN

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu mendapati ia negatif. Namun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dipetik Harian Metro.

Untuk pengetahuan korang, keluarga murid terbabit turut ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap kejadian itu.

Dalam kejadian 11.50 pagi semalam, Wan Mohammed Adam Mohd Suria, 12, dipercayai terjatuh dari bas sekolah sebelum digilis tayar kenderaan itu menyebabkannya parah dan maut dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik, dekat Kandis, Bukit Yong, Pasir Puteh.

Apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimana sebuah bas yang mempunyai lantai yang reput dan tidak selamat boleh melepasi ujian Puspakom dan dibenarkan bergerak di atas jalan raya. Kita tunggu perkembangan kes ini.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas