Connect with us

Oh! Media

“Lepas 4 Jam Terus Dapat” – Netizen Dakwa Jumpa Cara Dapatkan Tarikh Vaksin Di MySejahtera?

Mysejah

Oh! Tidak

“Lepas 4 Jam Terus Dapat” – Netizen Dakwa Jumpa Cara Dapatkan Tarikh Vaksin Di MySejahtera?

Pandemik yang kini melanda negara kita bahkan di seluruh dunia menjadi penyebab ramai orang terkesan dan menderita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kebanyakkan daripada mereka terpaksa gulung tikar dalam perniagaan, kehilangan kerja, kehilangan punca pendapatan sehingga ada yang sanggup menjual barang peribadi demi sesuap nasi.

Hampir segelintir masyarakat di Malaysia sudah mendapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan yang lebih teruk. Namun, ramai juga dalam kalangan masyarakat yang belum mendapatkan suntikan bahkan tidak jua mendapatkan tarikh suntikan walaupun sudah berdaftar di aplikasi MySejahtera.

Namun, baru-baru ini terdapat seorang netizen yang telah berkongsikan cara-cara untuk mempercepatkan tarikh suntikan vaksin dengan menggunakan aplikasi MySejahtera dan mendakwa sudah pun mendapatkan tarikh suntikan selepas melakukan cara tersebut. Boleh percaya ke?

IKLAN

Seorang pengguna laman Instagram bernama @limabelasminit melalui hantarannya telah berkongsikan kaedah yang didakwa mampu mempercepatkan panggilan temujanji untuk mendapatkan vaksin selepas dikongsikan oleh salah seorang pengikutnya.

Screenshot 203
Tangkap layar melalui hantaran di Instagram limabelasminit menunjukkan caracara mendapatkan tarikh temujanji dengan segera

Kena buat camni baru dapat vaksin!! Lepas 4 jam terus dapat tarikh dalam MySejahtera.

Dia juga turut berkongsikan sebuah video memaparkan cara-cara untuk mendapatkan tarikh temujanji suntikan itu menggunakan aplikasi MySejahtera.

Rata-rata netizen pada ruangan komen sudah mengikuti kaedah yang dikongsikan itu dan ada daripada mereka mendakwa sudah berjaya melakukannya, namun ada juga netizen yang mendakwa kaedah tersebut tidak berkesan untuk mempercepatkan tarikh temujanji tersebut.

Kredit: limabelasminit, Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas