Connect with us

Oh! Media

Lelaki Simbah Air Kepada Jurutol DItahan

Umum

Lelaki Simbah Air Kepada Jurutol DItahan

Baru-baru ini, terdapat satu video yang tular di media sosial apabila seorang lelaki bertindak menyimbah air minuman kepada jurutol. Kejadian itu telah berlaku pada pukul 7 pagi semalam di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan suspek berusia 30-an yang memandu Perdua Bezza berwarna biru susulan laporan yang dibuat mangsa. Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata kejadian itu berlaku ketika suspek mahu membuat tambah nilai.

Kejadian itu berlaku pada 7 pagi semalam ketika mangsa bertugas di Plaza Tol Kesas dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan dan suspek ke lorong seperti disyorkan sebelum berlalu pergi.

Pada 9.05 pagi hari sama, suspek datang semula ke tempat mangsa bertugas dan memarahi serta menyimbah air minuman ke arah mangsa sebelum beredar.

Risikan juga mengatakan bahawa mangsa tampil membuat laporan pada 4.25 petang kerana takut dengan ugutan suspek. Untuk pengetahuan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bertindak atas laporan berkenaan sepasukan polis yang menjalankan siasatan mengesan suspek dan berjaya menahannya.

Lain kali nak tambah nilai, pergilah stesen minyak atau mana-mana tempat yang boleh buat topup tu sebelum masuk lebuhraya. Tak pasal-pasal dah kena tangkap dengan pihak polis sebab tindakan yang tak bijak.

OHMEDIA: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas