Connect with us

Lelaki Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Kait Buah Kelapa

Oh! Tidak

Lelaki Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Kait Buah Kelapa

Seorang lelaki maut gara-gara terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa. Kejadian ini telah berlaku di Kampung Pujut Padang Kerbau, Miri, Sarawak apabila mangsa dan dua rakannya sedang mengait buah kelapa dengan menggunakan galah sepanjang lebih 15 meter yang diperbuat daripada aloi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Mohd Sabri Zainal mengatakan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Syamsul Mohamad Yashin berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah hari di tempat kejadian.

Terdapat satu talian bekalan elektrik berkuasa tinggi dengan tiga kabel yang tidak bersalut dan jarak antara kabel dengan pokok kelapa itu lebih kurang 10 hingga 13 meter.

Walaubagaimanapun, kes mangsa telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayatnya dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut. Mohd Sabri berkata salah seorang daripada rakannya selamat dan seorang lagi turut pengsan akibat terkena renjatan elektrik.

Mangsa yang pengsan masih dirawat di wad unit rawatan rapi (ICU) dan belum sedarkan diri.

Untuk pengetahuan, mangsa dikatakan sering membeli buah kelapa secara borong daripada pekebun di Kampung Pujut Pedang Kerbau dan mengaitnya sendiri untuk dipasarkan di bandar Miri. Apapun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) untuknya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

OHMEDIA: BAHAYA BETUL!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top