Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dipercayai Dibunuh Lima Tahun Lepas ‘Hidup’ Semula!

Umum

Lelaki Dipercayai Dibunuh Lima Tahun Lepas ‘Hidup’ Semula!

Richard Puisys, seorang pekerja ladang dipercayai telah dibunuh kira-kira 5 tahun lepas dikatakan hidup semula. Kisah ini sekaligus merungkai kehilangannya sebelum ini. Dia ditemui tinggal bersendirian di kawasan hutan di Cambridgeshire dan tidak berhubung dengan sesiapa sejak September 2015.

ADVERTISEMENT

Dikatakan sebelum ini usaha mencarinya sudah dilakukan namun gagal sebelum pihak berkuasa memutuskan bahawa dia mati kerana dibunuh. Untuk info, Richard kali terakhir dilihat sedang bekerja di sebuah kilang di Dean Drove pada 26 September 2015.

Sumber gambar dari Wikipedia

Persembunyian Richard akhirnya terbongkar apabila pihak polis menemui gambar selfie miliknya yang dimuat naik ke Facebook pada November tahun lalu. Sejak dari itu, segala usaha dijalankan bagi mencari Richard sebelum dia ditemukan pada 1 Julai lalu.

OHMEDIA: AGAKNYA APALAH MOTIF DIA SEMBUNYI SAMPAI LIMA TAHUN LAMANYA YA? LARI DARI AH LONG KE? KAH!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca lelaki dipercayai dibunuh hidup semula di Facebook Oh Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas