Connect with us

Oh! Media

Lee Zii Jia Harap Dapat Bawa Pulang Trofi Di Kejohanan Terbuka Malaysia Dan Singapura

Umum

Lee Zii Jia Harap Dapat Bawa Pulang Trofi Di Kejohanan Terbuka Malaysia Dan Singapura

Juara All England negara, Lee Zii Jia berharap mencipta keputusan yang baik untuk kejohanan yang terdekat iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura, sekali gus dapat meningkatkan keyakinan beliau dalam Sukan Olimpik Tokyo.

ADVERTISEMENT

Pemain daripada kedah yang berusia 23 tahun itu berkata kedua-dua kejohanan tersebut adalah penting untuk mempersiapkan beliau sebelum kejohanan yang lebih besar pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Akademi Badminton Malaysia (ABM) mengakui masa semakin suntuk bagi mempersiapkan diri ke Terbuka malaysia pada 25 hingga 30 Mei ini, diikuti dengan Terbuka Singapura pada 1 hingga 6 Jun. Zii Jia yang menyambung semula latihan pada jumaat lalu selepas menjalani kuarantin selama hampir dua minggu.

“Hanya tinggal dua minggu lagi, memang masa pun agak suntuk untuk kita, saya cuba apa yang boleh,” katanya selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di Kompleks Sukan DBKL di sini hari ini.

Zii Jia yang kini menduduki ranking kelapan dunia itu berkata beliau kini lebih yakin menyertai kejohanan di luar negara selepas melengkapkan suntikan vaksin, walaubagaimanapun beliau mengakui tetap perlu berhati-hati kerana risiko mendapat jangkitan itu masih ada.

“Apabila kita memasuki gelanggang, kita tidak pakai pelitup muk, jadi sukar untuk mencegah. Apa yang kita boleh buat ialah disiplin diri bagi mengurangkan risiko jangkitan…kalau kena pun tiada pilihan kerana kita pun tidak tahu siapa yang dijangkiti,” – katanya.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata buat masa ini, kebanyakan pemain utama dunia telah mendaftar nama dan berminat bersaing pada Terbuka Malaysia memandangkan ia antara kejohanan untuk mengutip mata ke Olimpik.

Bagaimanapun, beliau juga berkata kehadiran pemain-pemain utama dunia bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) kejohanan yang bakal dikeluarkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Selain Zii Jia, antara pemain lain yang bakal menyertai kejohanan berstatus Super 750 itu adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Pearly Tan-M Thinaah, Soniia Cheah dan Goh Liu Ying-Chan Peng Soon.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas