Connect with us

Oh! Media

“Lebih dari 5,000 Pelajar Genius Seperti Adi” – Prof Madya Dr Noriah

Umum

“Lebih dari 5,000 Pelajar Genius Seperti Adi” – Prof Madya Dr Noriah

Setelah artikel tentang pelajar pintar Adi Putra disiarkan di Oh! Media semalam, ramai menyuarakan pandangan tentang luahan Adi itu. Dalam artikel itu juga Adi meluahkan rasa kecewanya dengan segala janji kerajaan yang tidak tertunai.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, yang menarik perhatian kami adalah komen daripada Prof Madya Dr. Noriah Mohd Ishak yang juga pengarah Pusat Permata Pintar Negara seperti di bawah;

Malah, dalam artikel yang dikeluarkan oleh The Hype Media, Prof Dr Noriah juga memberitahu bahawa terdapat lebih daripada 5,000 pelajar yang genius seperti Adi Putra.

“Saya bukan ahli politik dan tidak suka berpolitik. Tetapi kalau ada orang yang berhati mulia menolong anak bangsa yang pintar terutama dari luar bandar, saya beri penghormatan kepada dia.

Berapa orang di antara kita sanggup memikirkan masalah pendidikan anak-anak kampung terutama yang miskin dan tinggal di ceruk kampung tetapi pandai? Nak masuk sekolah asrama penuh pun mereka tak dapat.

Program Permata Pintar di bawah YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah banyak membantu anak-anak ini dari Lubok Antu hinggalah ke Gurun.

Kita semua hanya memikirkan hal kita, kerjaya kita, gaji kita. Berapa orang di antara kita nak fikir pasal anak orang lain yang kalau tidak dikeluarkan dari kampungnya, mungkin tak dapat mencapai pendidikan yang tinggi?

Saya bukan nak mengata tetapi setiap perbualan yang saya nampak, saya tidak nampak keikhlasan nak membantu.

Kerajaan telah menyediakan sekolah untuk pelajar genius seperti Adi Putra. Sekolah tersebut di dalam UKM. Program pelajar pintar dan genius di UKM ini bermula pada tahun 2009. Kerajaan tawarkan Adi dulu untuk membantu dia melonjakkan kepintarannya tetapi bapa Adi menolak.

Adi kecil lagi, tak pandai buat keputusan. Hingga kini program anak genius di UKM ini telah membantu memberikan program pengayaan kepada lebih dari 5,000 pelajar genius seperti Adi.

Salah seorangnya bernama Amirul Fitri yang sebaya dengan Adi tetapi sekarang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang matematik di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat.

Seorang lagi bernama Shah Rahmat Shah Putra yang sedang melanjutkan pengajiannya di Bristol dalam bidang matematik.

Anda semua sangat bijak memerli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri, lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tidak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang kepada Adi untuk sertai Permata Pintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya.

Namun, sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan mahukan yang terbaik untuk Adi. Mana tahu, kemudian boleh masuk Princeton atau Yale, bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara saudari impinkan.

Mohon anda yang pandai bercakap di sini (Facebook) supaya pujuk Adi masuk Permata Pintar dan kalau dia betul-betul genius, kita hantar formula dia kepada profesor di UKM bidang matematik yang boleh mengesahkan kesemua formula dia.

Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik Olympiad Program yang ada di Permata Pintar supaya kalau berjaya, dia boleh mewakili negara dan tunjuk kepada dunia kita ada ‘Genius Matematik’ yang boleh meningkatkan markah PISA kita.

Saya jemput semua di sini ke Permata Pintar, bukan PERMATA Negara, program tadika yang bagus itu.

By the way, Permata Negara yang mengenakan yuran yang sangat sedikit (kurang dari 150 sebulan) untuk hantar anak ke tadika itu. Makan hanya dicaj RM50 sebulan dan letakkan banyak di kawasan ibu bapa sibuk dan berpendapatan rendah. Hantarlah anak ke sana sebab programnya bagus.

Permata Pintar adalah sekolah untuk anak-anak seperti Adi. Jika anak anda berumur 9 tahun hingga 12 tahun dan genius, dah boleh masuk tingkatan 1 yang kesukarannya sama dengan tingkatan 4 sekolah kerajaan. Kalau layak 9 tahun pun boleh masuk tingkatan 4. Kita dah lahirkan ramai pelajar genius dan mereka ramai dah di Ivy League Universiti, menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Yang gila matematik macam Adi pun ramai.” – Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak, Pengarah Pusat Permata Pintar Negara

————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas