Connect with us

Oh! Media

Lebih Afdhal: Baca Al-Quran Melihat Mushaf Atau Melalui Hafazan

dcfjpg

Umum

Lebih Afdhal: Baca Al-Quran Melihat Mushaf Atau Melalui Hafazan

Soalan:
Mana lebih afdhal membaca al-Quran dengan cara melihat mushaf atau berdasarkan hafazan semata-mata kalau di luar solat?

Jawapan:
Membaca al-Quran adalah dituntut dalam Islam. Bahkan firman Allah SWT yang menyebut tentang kelebihan pembaca al-Quran dan acara ibadat yang lain pasti mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ ﴿٢٩﴾ لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). [Surah Fatir (29-30)]

IKLAN

Ibn Kathir berkata: Firman-Nya “لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ” (Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya), Iaitu agar Dia sempurnakan bagi mereka pahala apa yang mereka amalkan serta melipatgandakannya dengan diberikannya tambahan-tambahan yang belum pernah terlintas dalam hati mereka. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/605)

Menjawab persoalan di atas, melihat kepada al-Quran ketika membaca adalah lebih afdhal. Ini kerana kita membaca dan melihat kalamullah secara serentak yang sudah tentu akan membawa lebih khusyuk serta lebih penghayatannya. Al-Qadhi Husain dan Imam al-Ghazali menulis dalam al-Ihya’ dengan mengatakan bahawa para sahabat Nabi kebanyakannya membaca al-Quran dari mushaf. Mereka tidak suka keluar rumah tanpa melihat mushaf. Ini juga dilakukan oleh ramai salafus soleh.

Semoga dengan melihat al-Quran menjadikan kita lebih cinta kepada al-Quran dan menyayanginya sebagai kalamullah yang amat perlu ditadabbur, dihayati, diamali dan diimani.

Kami akhiri dengan doa:

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوْبِناَ، وَنُوْرَ صُدُوْرِناَ، وَجلاَءَ أَحْزَانِناَ، وَذهَابَ هُمُوْمِناَ
Ya Allah! Jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas