Connect with us

Oh! Media

Lebih 12,000 Keluarga Sanggup Beratur Sejauh 4 KM Untuk Dapatkan Bekalan Makanan

Umum

Lebih 12,000 Keluarga Sanggup Beratur Sejauh 4 KM Untuk Dapatkan Bekalan Makanan

Situasi di Malaysia mungkin sedikit bernasib baik berbanding negara lain yang perlu menghadapi lebih tekanan ekonomi bagi menghadapi penyebaran wabak COVID-19 ini. Kita boleh lihat situasi ini seperti di Afrika Selatan apabila lebih 12,000 orang keluarga sanggup beratur panjang sehingga 4km semata-mata untuk dapatkan 8,000 bungkusan bekalan makanan.

ADVERTISEMENT

Afrika Selatan yang telah menjalankan perintah berkurung selama 5 minggu itu terus berusaha bagi membantu penduduk miskin yang terjejas tetapi kerajaan mereka hanya memberikan bantuan kepada rakyat negara tersebut sahaja dan tidak memberikan bantuan kepada warga asing.

Memetik laporan Daily Star, aktivis sosial di sana iaitu Yusuf Abramjee mengatakan keperluan makanan di lokasi itu begitu tinggi dan ini disumbang oleh orang asing yang berada di sana.

Lebih 80 peratus komuniti di sini merupakan orang asing dan mereka tidak menerima bantuan kerajaan. Kami gembira dapat memberi senyuman kepada mereka. Ia menunjukkan betapa terdesaknya mereka. Saya tidak pernah melihat sesuatu pada skala ini. Sangat menyedihkan. – Jelasnya.

Banyak lagi negara yang terjejas dengan situasi ini. Bagaimanapun ada negara yang sudah cuba untuk mencari jalan untuk menyelamatkan ekonomi negara tanpa mengabaikan kesihatan rakyat. Samalah seperti di Malaysia.

Bagi Ohmedia, sekarang sudah tiba masanya untuk kita membiasakan diri dengan normal kehidupan yang baharu dan sama-sama kita tunjukkan tahap disiplin yang tinggi untuk kebaikan kita bersama. #KitaJagaKita

Sumber: DailyStar

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas