Connect with us

Oh! Media

Lawak Kampus Dan BoboiBoy Akan Bergabung Esok!!

Branded

Lawak Kampus Dan BoboiBoy Akan Bergabung Esok!!

Sesuatu yang ramai tunggu dah pun menjadi kenyataan. Lawak Kampus sememangnya sejak sekian lama menjadi kegemaran ramai bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Watak-watak seperti Vannes, Aditas, Froggy, dan Xena dah sebati dalam hidup kita.

Begitu juga apabila dunia animasi di Malaysia menjadi trending di seluruh dunia melalui kartun animasi BoboiBoy sekaligus sekali lagi mengangkat nama Malaysia sebagai salah-satu dari negara yang mampu menerbitkan animasi yang mendapat tempat dihati peminatnya di seluruh dunia.

Lawak Kampus dan Boboiboy mempunyai banyak persamaan cuma satunya dalam bentuk komik dan satu lagi dalam terbitan animasi di TV. Ramai yang tak menjangka apabila dua franchis terkemuka ini bergabung di dalam sebuah projek yang dinamakan sebagai “LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR”.

Kalau korang excited macam Ohmedia nak tahu pasal penggabungan paling epic dua geng popular ni, jangan lupa datang ke pelancaran Komik Edisi Khas LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR untuk menjadi yang terawal memiliki komik edisi khas ini nanti.

Tarikh: 26 Mei 2018 (Sabtu)
Masa: 2 – 4 Petang
Tempat: Atria Shopping Gallery, Main Stage @ Ground floor Centre Court

Keith (pelukis Lawak Kampus) dan Nizam (CEO Animonsta) akan berada kat sana nanti so korang bolehlah jumpa minta signature mereka berdua. Turut bersama ialah Anas Abdul Aziz (Chief Content Officer Animonsta), dan juga Chris Yew (CEO Kadokawa Gempak Startz).

So ajak la member-member korang semua pergi tengok sendiri nanti. Kalau tak ada transport nak pergi atau korang malas nak drive sendiri, jangan risau sebab korang boleh gunakan code di bawah ni untuk naik GRAB datang ke event ni nanti.

Cerita lanjut pasal gabungan ni korang boleh baca di blog Gempak.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas