Connect with us

Oh! Media

Laungan Allahu Akbar Akan Dilaungkan Pada Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang

image2b2528692529jpg

Umum

Laungan Allahu Akbar Akan Dilaungkan Pada Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang

Sultan Abdullah Ahmad Shah yang baru sahaja menjadi Sultan Baharu untuk Negeri Pahang telah bertitah supaya menggunakan kalimah ‘Allahu Akbar’ yang bermaksud ALLAH Maha Besar dilaungkan pada istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar esok.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah yang berkongsi perkara itu berkata, kalimah terbesar umat Islam itu akan dilaungkan sebanyak empat kali sebelum diikuti laungan ‘Daulat Tuanku’ tiga kali.

Tengku Abdul Rahman berkata laungan ‘Allahu Akbar’ merupakan sebahagian daripada perkara baharu yang dilakukan pada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang yang kali terakhir berlangsung pada 45 tahun dahulu.

IKLAN

“Sudah tentu ‘Daulat Tuanku’ adalah adat yang sudah lama dilaksanakan dan kali ini ada sedikit perubahan dilakukan kerana sebelum ini pemasyhuran berlaku kerana kemangkatan (sultan sebelumnya).

“Jadi pemasyhuran ini suatu yang luar biasa dan ada yang kita ‘re-adjusting’… kita bersedia sebaik mungkin dan berharap semuanya selamat serta dirahmati Allah esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri raptai istadat pemasyhuran di sini hari ini.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas