Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali ini Pintu Pagar Rumah Jadi Mangsa!

Ohmedia mabuk 12b252822529png

Umum

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali ini Pintu Pagar Rumah Jadi Mangsa!

Nampaknya cerita pemandu mabuk kat Malaysia ni tiada kesudahan. Lepas satu, satu kemalangan membabitkan pemandu mabuk ni sehingga menyebabkan kehilangan nyawa beberapa individu yang tidak berdosa. Kali ini kemalangan membabitkan jiran yang tengah mabuk melanggar pagar sebuah rumah. Teruk jugak Ohmedia tengok pagar rumah tu kena langgar, barai habis! Syukur tiada yang cedera.

Menurut cerita yang dikongsi oleh pengguna Facebook yang juga mangsa insiden berkenaan, Baizura  Ramly, kejadian dimaklumkan berlaku pada waktu maghrib. Jelas beliau, jiran tersebut merupakan pasangan suami isteri yang bertengkar sesama sendiri dan kerana suaminya yang mabuk. Mungkin sebab hilang pertimbangan, tu yang terbabas langgar pintu pagar rumah orang.

Tambahnya, dia dan ahli keluarga selamat dari insiden berkenaan kerana tiada siapa yang berada diluar sewaktu kejadian, namun isteri jiran yang melanggar cedera dikepala kerana cuba menghalang tindakan suaminya. Dia berharap agar suami jiran yang melanggar diberi hukuman yang setimpalnya dengan perbuatan yang dilakukan. Namun setakat ini Ohmedia tak pasti sama ada jiran yang melanggar pintu pagar jiran ini sudah ditahan atau tidak.

IKLAN

OHMEDIA: BANYAK KALI NASIHAT, JANGAN MEMANDU KALAU MINUM. SYUKUR TAK ADA YANG CEDERA.

Sumber: Facebook Baizura Ramly

+ Baca respon pembaca kes pemandu mabuk di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas