Connect with us

Oh! Media

Lagi Hadiah Buat Penduduk Terengganu – Cukai Pintu Akan Dihapuskan

Mb ganujpg

Oh! Lifestyle

Lagi Hadiah Buat Penduduk Terengganu – Cukai Pintu Akan Dihapuskan

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan Menteri Besar Terengganu berkata rakyat Terengganu tidak perlu membayar cukai taksiran atau cukai pintu bagi semua premis kediaman di negeri ini bermula tahun hadapan.

Ia juga termasuk semua cukai tertunggak yang dimiliki rakyat dan langkah ini dilihat amat membantu bagi mengurangkan beban rakyat terutama penduduk terengganu.

“Namun, pengecualian ini tidak terpakai untuk premis perniagaan, syarikat perniagaan masih perlu membayar cukai taksiran seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan Belanjawan Terengganu 2019 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

IKLAN

Beliau berkata setakat ini kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan pengecualian itu untuk tahun 2019 dan akan melihat kesannya sebelum mengambil keputusan sama ada ia diteruskan atau sebaliknya pada 2020.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas