Connect with us

Oh! Media

Ladang Sawit Sebagai Tempat Teduhan 4 Beranak Siang Dan Malam

Umum

Ladang Sawit Sebagai Tempat Teduhan 4 Beranak Siang Dan Malam

ADVERTISEMENT

Felda Bukit Sagu, Kuantan, mengejutkan rakyat Malasysia
apabila masih ada keluarga yang begitu daif dan kesempitan hidup sehingga
memaksa sebuah keluarga 4 beranak berteduh di sebuah bangsal usang yang dijadikan
tempat berlindung dari hujan, panas, siang dan malam di sebuah ladang sawit.

Sementara itu, Nor Ain Fazila Ramli, 24 dan suami Mohd Zahar
Che Hassan,24 masih bersyukur dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga
bersama 2 orang anaknya berusia 3 dan 1 tahun.
Bangsal itu telah diberikan sendiri oleh pemilik kebun sawit
itu setelah melihat 4 beranak ini tiada 
tempat berteduh dan digunakan mereka untuk meneruskan kehidupan
seharian.
Sejurus dari kesusahan ini, suaminya hanya bekerja sebagai
pengait dan mengangkat buah sawit yang hanya mendapatkan upah sekitar RM15
hingga Rm30 sehari bagi membeli makanan dan keperluan harian.

Dengan hanya menadah air hujan sebagai sumber air bersih
untuk kegunaan mereka, keluarga ini turut menerima beberapa sumbangan seperti
barang keperluan dan kelengkapan lain.

Oleh itu, kita berharap ada pihak yang datang tampil bagi
membantu keluarga yang kurang bernasib baik sehingga perlu berlindung di dalam
bangsal usang di dalam ladang sawit.

Sumber : Sinar Harian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas