Connect with us

Oh! Media

Kurung Anak Dalam Sangkar Anjing, Polis Tahan Tiga Individu

Umum

Kurung Anak Dalam Sangkar Anjing, Polis Tahan Tiga Individu

Menurut laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki telah ditemui di sebuah rumah yang terletak di Henry Country, Atlanta. Apa yang lebih mengejutkan, mangsa ditemui di dalam sangkar anjing.

ADVERTISEMENT

Sebelum kejadian itu berlaku, pihak polis menerima maklumat berkaitan dengan kes penderaan haiwan daripada penduduk dan mereka bergegas ke lokasi berkenaan. Sebaik sahaja tiba di premis itu, mereka mendapati seorang kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus.

Walaubagaimanapun, polis menahan tiga individu iaitu ibu mangsa, Heather Scarbough berusia 46 tahun, ayah tirinya berusia 46 tahun dan neneknya berusia 62 tahun untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Henry Country, Monte Belew berkata kanak-kanak tersebut telah dikurung berhampiran dengan sangkar haiwan lain termasuk yang cedera seperti anjing, ular, ayam, kucing, cicak dan pelbagai burung.

Belew juga mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa yang berada di dalam sangkar itu menghabiskan sebahagian besar hidupnya.

Keadaan sangat memilukan ketika polis menemui kanak-kanak berkenaan dan dia tidak sepatutnya berada di dalam sangkar itu. Ada mainan diletakkan di dalam sangkar itu, namun tiada selimut untuk mangsa.

Bukan tu jer, ruang dapur di rumah berkenaan turut tidak terurus serta ia dipenuhi dengan lipas dan pelbagai serangga yang lain tau!? Malah, ia juga dipenuhi sampah yang berselerakan dan makanan busuk di seluruh rumah.

OHMEDIA: APA LAH MASALAH AHLI KELUARGA DIA?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas