Connect with us

Oh! Media

Kunyah Makanan Ketika Solat

ohmedia solatpng

Umum

Kunyah Makanan Ketika Solat

SOALAN

Ohmedia dapat rasakan pasti ada antara kita pernah solat tetapi ada sisa makanan yang melekat di celah gigi. Jadi, adakah boleh kita gerakkan lidah untuk menanggalkan makanan yang melekat itu supaya ia tidak masuk ke dalam mulut?

JAWAPAN

Tidak batal solat seseorang yang ada sisa makanan di dalam mulutnya samada sisa itu lekat pada celah gigi atau ada di atas lidahnya selagi dia tidak menelannya.

IKLAN

Dan begitu juga tidak membatalkan solat jika ada rasa manis atau masam misalnya di atas lidah selama dia tidak menelannya.

Jika dia menelan sisa makanan dengan sengaja walau pun sedikit maka solatnya batal.

Jika dia mainkan dengan lidahnya supaya sisa itu terkeluar maka solatnya tidak batal kerana lidah adalah anggota yang ringan.

Ada pun jika dia gerakkan dagunya seperti rupa mengunyah maka jika sampai tiga kali berturut-turut nescaya batal solatnya kerana dagu termasuk anggota yang berat.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

( أو فعل ثلاثة أفعال متوالية ) بأن لا يعد عرفا كل منها منقطعا عما قبله ( كثلاث خطوات ) وإن كانت بقدر خطوة مغتفرة أو مضغات ثلاث ( أو حكات ) متوالية


Artinya : “Atau perbuatan tiga kali berturut-turut yang pada biasanya tidak dilihat sebagai pergerakkan yang berasingan dengan yang sebelumnya sekali pun dengan kadar melangkah yang dimaafkan atau mengunyah tiga kali berturut-turut.” (Kitab Minhajul Qawwim)

Maksudnya adalah membatalkan solat dengan sengaja melakukan pergerakkan tiga kali berturut-turut tanpa berhenti walau pun pergerakkan itu yang dibenarkan oleh syarak seperti melangkah ke hadapan menggantikan imam yang sudah batal dan mengunyah yaitu mengerakkan dagu dan rahangnya tiga kali berturut-turut sebagaimana yang datang pada persoalan di atas.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca kunyah makanan ketika solat di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas