Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Gay Jalani Hukuman Dicampak Dari Bangunan Tinggi di Iraq

ohmedia gay dicampak dari bangunan tinggi 1jpg

Umum

(Gambar) Gay Jalani Hukuman Dicampak Dari Bangunan Tinggi di Iraq

Kumpulan militan Negara Islam (IS) bertindak mencampak seorang lelaki yang didakwa gay dari sebuah bangunan tertinggi di utara Iraq sebagai hukuman.

Hukuman itu dilakukan di depan penduduk tempatan termasuk kanak-kanak selepas penerangan mengenainya dilakukan oleh wakil kumpulan berkenaan.

Ketika hukuman dijalankan, tangan lelaki yang didakwa gay itu diikat ke belakang manakala matanya ditutup, sebelum dicampak oleh tiga ahli kumpulan IS.

IKLAN

Tidak cukup dengan itu, IS turut mendakwa akan mengesan lelaki yang mengamalkan gay di kawasan yang telah dijajah mereka untuk dihukum.

Hukuman yang dipercayai dijalankan pada bulan lalu itu baru dedahkan kepada umum menerusi laman sosial kumpulan berkenaan.

Selain di Iraq hukuman sama terhadap gay turut dilakukan IS di Syria.

Menerusi video yang dimuat naik ke laman sosial mendapati, penduduk turut bersorak apabila hukuman dijalankan terhadap mangsa.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas