Connect with us

Oh! Media

Kronologi Kes Pembunuhan Seorang Abang Oleh Bakal Adik Ipar Depan Pejabat Agama

Umum

Kronologi Kes Pembunuhan Seorang Abang Oleh Bakal Adik Ipar Depan Pejabat Agama

Pagi tadi, gempar dengan satu kes pembunuhan yang mengerikan apabila seorang lelaki berusia 30an telah dibunuh dengan enam kesan tikaman di kawasan letak kereta dihadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu.

ADVERTISEMENT

KRONOLOGI KEJADIAN

– Suspek bersama keluarga mangsa datang ke Pejabat agama bagi mengesahkan status perkahwinan suspek kerana bakal berkahwin dengan adik mangsa.

– Setelah pihak pejabat agama mengesahkan bahawa suspek sudah berkahwin berlaku perbalahan antara mereka di dalam pejabat agama kerana suspek tetap menegaskan dia telah bercerai dengan isterinya.

– Suspek telah mengekori mangsa dan adik perempuannya hingga ke perkarangan parkir dan dia bertindak menikam mangsa menggunakan pisau sebanyak enam kali termasuk di dada kiri dan leher hingga mati.

– Apabila disedari orang ramai, suspek telah melarikan diri menggunakan kereta jenis Honda Civic berwarna merah.

Pihak polis telah mengesahkan identiti suspek yang sudah dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Jika sabit kesalahan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas