Connect with us

Oh! Media

Kos Pembikinan Lagu Gerua Dalam Filem Dilwale Termahal Di Bollywood

Umum

Kos Pembikinan Lagu Gerua Dalam Filem Dilwale Termahal Di Bollywood

 

ADVERTISEMENT

Fenomena filem box office Dilwani masih lagi belum habis terutamanya bagi peminat-peminat filem Hindustan. Ada yang sudah menonton hingga 2 ke 3 kali.

Bukan sahaja gandingan mantap King fo Bollywood Shah Rukh Khan dan pasangan serasinya Kajol malah lagu-lagunya kini semakin hits dan digilai.

Ramai yang begitu kagum dengan pembikinan lagu Gerua yang diadakan di tempat-tempat yang sangat cantik dan muzik video lagu tersebut langsung tidak menggunakan teknik khas CGI. Malah ini menjadikan kos pembikinan muzik video lagu ini adalah yang termahal di Bollywood.

“Kaki kami sebenarnya diikat dalam babak ini. Kaki kami disematkan dengan tali supaya dapat cengkaman dan mampu lakukan pergerakan di atas bukit.

“Saya rasa itu sangat mencabar. Walaupun terdapat beberapa isu, segala langkah keselamatan telah diambil,” kata Shah Rukh Khan.

Antara cabaran lain ialah pasangan pelakon ini perlu menahan sejuk ketika menari di kepulauan Iceland yang tersangatlah menarik dan menangkap mata sesiapa sahaja yang menonton babak dalam video muzik Gerua.

Walau bagaimanapun, pihak penerbitan tidak mendedahkan jumlah kos yang dibelanjakan bagi menghasilkan muzik video Gerua.

VIDEO THE MAKING OF GERUA:


Making of Gerua Kajol, Shah Rukh ❤They worked hard to give us the best scenes of Dilwale. They are incredibly!!
Posted by Shahrukh & Kajol The Most Beautiful Couple Forever on Monday, November 30, 2015

OHMEDIA: MUZIM VIDEO LAGU ANTARA YANG THE BEST DALAM FILEM BOLLYWOOD SETAKAT INI.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas