Connect with us

Oh! Media

Korang Pakai Huawei? Ini Masa Yang Sesuai Untuk Jual Balik Mur Mur

Umum

Korang Pakai Huawei? Ini Masa Yang Sesuai Untuk Jual Balik Mur Mur

Akibat ketegangan hubungan USA dan Huawei, akhirnya semua servis dari USA termasuklah Android dari Google akan ditarik semula. Ini bermakna Huawei telah hilang akses kepada sistem Android ini dengan serta-merta.

ADVERTISEMENT

Untuk phone terbaru Huawei selepas ini, Huawei telah hilang hak untuk menggunakan Google Play Store dan aplikasi Gmail. Bagi pengguna Huawei sedia ada, korang masih boleh menggunakan perkhidmatan dari Google seperti biasa namun perlu diingatkan ia mungkin hanya untuk jangka pendek sahaja.

Apapaun menurut Ren Zhengfei selaku CEO Huawei, mereka sudahpun mempunyai sistem operasi sendiri yang dihasilkan bagi menggantikan Android. Sama-sama kita nantikan bagaimana Huawei cuba untuk bangkit semula dalam meyakinkan kembali kepercayaan orang ramai terhadap jenama mereka.

Pada Ohmedia, biarpun Huawei menggunakan sistem operasi mereka sendiri nanti, sokongan aplikasi pastinya sangat terhad dan akan ambil masa yang sangat lama untuk menyaingi Android mahupun iOS yang mempunyai database aplikasi jauh lebih besar dan kukuh. Ini pastinya merugikan pengguna dan dengan tahap kepercayaan orang ramai kepada jenama ini dalam mengawal data privasi mereka pastinya ramai yang tidak berani menggunakan operasi yang sepenuhnya dibangunkan syarikat dari China ini.

Nasihat Ohmedia simple sahaja. Kalau korang tengah pakai smartphones Huawei pada ketika ini, ini adalah masa yang paling kritikal untuk korang jual semula smartphones Huawei korang tu sementara menantikan perkembangan lanjut di masa hadapan bagaimana Huawei bangkit semula dengan ujian ini.

Buat masa ini, RIP Huawei.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas