Umum
Menelusuri Kisah Ukasyah yang Tersebar dalam Masyarakat
Oleh

Soalan:
Apakah status kisah Ukasyah yang ingin mengqisas Rasulullah?
Jawapan:
Nama beliau ialah Ukasyah bin Mihsan bin Hurthan bin Qais bin Murrah dan kuniyah beliau ialah Abu Muhsin. Beliau merupakan salah seorang yang menyertai peperangan Badar dan telah berusaha bersungguh-sungguh sehinggakan pedangnya patah. Lalu Rasulullah SAW menggantikannya dengan sebatang ranting. Peristiwa ini dinukilkan oleh Imam al-Zahabi di dalam kitabnya:
ููููุฏู ุฃูุจูููู ุนููููุงุดูุฉู ููููู
ุจูุฏูุฑู ุจููุงูุกู ุญูุณููุงูุ ููุงููููุณูุฑู ุณููููููู ููู ููุฏูููุ ููุฃูุนูุทูุงูู ุงููููุจูููู -ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู- ุนูุฑูุฌููููุงู ู
ููู ููุฎูููุ ุฃููู ุนูููุฏุงูุ ููุนูุงุฏู ุจูุฅูุฐููู ุงูููู ููู ููุฏููู ุณููููุงูุ ููููุงุชููู ุจููู
โTelah diuji Ukasyah pada hari berlakunya peperangan Badar dengan ujian yang baik iaitu pedang yang berada ditangannya telah patah. Maka Nabi SAW memberinya sebatang pelepah daripada pohon tamar atau sebatang ranting. Kemudian dengan izin Allah SWT batang yang berada di tangannya telah telah bertukar menjadi pedang.โ [Lihat: Siyar Aโlam al-Nubalaโ, 308/1]
Selain itu, beliau juga telah menyertai peperangan Uhud, al-Khandaq dan beberapa peperangan yang lain. Ketika kewafatan Rasulullah SAW usianya adalah 44 tahun. Beliau telah syahid dalam peperangan al-Riddah di zaman Abu Bakar al-Siddiq RA. [Lihat: Tahzib al-Asmaโ wa al-Lughat, 338/1]
Tambahan pula, Rasulullah SAW telah memberi khabar gembira kepadanya bahawa dia akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Hal ini ada dinukilkan di dalam Sahih al-Bukhari dan juga Sahih Muslim di dalam hadith yang panjang. Antaranya:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ููุฏูุฎููู ู
ููู ุฃูู
ููุชูู ุงููุฌููููุฉู ุณูุจูุนูููู ุฃูููููุง ุจูุบูููุฑู ุญูุณูุงุจูุ ููููุงูู ุฑูุฌููู: ููุง ุฑูุณูููู ุงููููุ ุงุฏูุนู ุงูููู ุฃููู ููุฌูุนูููููู ู
ูููููู
ูุ ููุงูู: ุงููููู
ูู ุงุฌูุนููููู ู
ูููููู
ูุ ุซูู
ูู ููุงู
ู ุขุฎูุฑูุ ููููุงูู: ููุง ุฑูุณูููู ุงููููุ ุงุฏูุนู ุงูููู ุฃููู ููุฌูุนูููููู ู
ูููููู
ู ููุงูู: ุณูุจููููู ุจูููุง ุนููููุงุดูุฉู
โAkan masuk syurga daripada kalangan umatku 70 ribu tanpa hisab.โ Maka berdiri seorang lelaki sambil berkata: โWahai Rasulullah, doalah kepada Allah agar Allah SWT menjadikan aku sebahagian daripda mereka.โ Maka Rasulullah SAW berdoa: โYa Allah jadikanlah dia sebahagian daripada mereka.โ Kemudian berdiri seorang lagi lelaki yang lain dengan berkata: โWahai Rasulullah, doalah kepada Allah agar Allah SWT menjadikan aku sebahagian daripada mereka juga.โ Maka Rasulullah SAW bersabda: โUkasyah telah mendahuluimu dalam perkara ini.โ [Riwayat Muslim (367)]
Berdasarkan soalan di atas, kisah Ukasyah mencium perut Rasulullah SAW dikatakan ia diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA di dalam Muโjam al-Kabir oleh Imam al-Thabarani dengan panjang lebar. Di sini kami datangkan sebahagian daripada teks atau matannya:
ุซูู
ูู ููุงูู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู: ููุง ุนููููุงุดูุฉู ุงุถูุฑูุจู ุฅููู ููููุชู ุถุงุฑูุจูุง. ููููุงูู: ููุง ุฑูุณูููู ุงููููุ ุถูุฑูุจูุชููู ููุฃูููุง ุญุงุณูุฑู ุนููู ุจูุทูููู. ููููุดููู ุนููู ุจูุทููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ูุ ููุตูุงุญู ุงููู
ูุณูููู
ูููู ุจูุงููุจูููุงุกูุ ููููุงูููุง: ุฃูุชูุฑูู ุนููููุงุดูุฉู ุถูุงุฑูุจู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ูุ ููููู
ููุง ููุธูุฑู ุนููููุงุดูุฉู ุฅูููู ุจูููุงุถู ุจูุทููู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุฃููููููุ ููููุจูููู ุจูุทููููู
โRasulullah SAW berkata: Wahai Ukasyah, pukullah aku jika benar bahawa aku pernah memukulmu.โ Maka Ukasyah berkata: โWahai Rasulullah, kamu telah memukulku dalam keadaan perutku terdedah.โ Lalu Rasulullah SAW mendedahkan perutnya dalam keadaan umat Islam menangis dengan penuh kesyahduan. Mereka berkata: โAdakah kamu akan melihat Ukasyah memukul Rasulullah SAW?โ Apabila Ukasyah melihat putihnya perut Rasulullah SAW, maka beliau terus menciumnya.โ [Riwayat al-Thabarani (2676)]
Hukum Hadith
Antara ulamaโ yang menilai kisah ini ialah:
– Imam Ibn al-Jauzi dengan menyatakan hadith ini adalah palsu dan semoga Allah SWT mnghukum kepada sesiapa yang berniat merosakkan syariah dengan kekeliruan yang dingin dan ucapan yang tidak layak disandarkan kepada Nabi SAW dan juga para sahabat. [Lihat: al-Mawdhuโat, 301/1]
– Imam Ibn Hajar al-Haithami mengatakan Abd al-Munโim bin Idris adalah seorang pendusta dan pemalsu hadith. [Lihat: Majmaโ al-Zawaid, 31/9]
– Imam al-Suyuthi juga menilai hadith atau kisah ini sebagai palsu. [Lihat: al-Laโaali al-Masnuโah, 257/1]
– Imam Ibn Iraq al-Kinani menyatakan salah seorang perawi di dalam hadith tersebut dinilai sebagai pendusta iaitu Abd al-Munโim bin Idris. [Lihat: Tanzih al-Syariโah, 331/1]
– Imam al-Syaukani di dalam kitabnya menyatakan hadith ini telah dirosakkan oleh Abd al-Munโim bin Idris bin Sinan. [Lihat: al-Fawaid al-Majmuโah, 324]
Melihat kepada beberapa pandangan para ulamaโ di atas, kami cenderung untuk menyatakan bahawa kisah Ukasyah tersebut adalah palsu. Ini kerana, terdapat perawi yang dinilai sebagai pendusta dan pemalsu hadith. Selain itu, di dalam matan atau teks hadith tersebut terdapat beberapa ciri-ciri yang menunjukkan bahawa ia adalah palsu atau direka.
Penutup
Kesimpulannya, kisah Ukasyah ini adalah palsu dan tidak boleh sama sekali kita menyampaikannya kepada orang lain melainkan untuk menyatakan kepalsuannya. Akan tetapi kisah yang hampir sama ini berlaku kepada Usaid bin Hudhair dan bukannya kepada Ukasyah. Hadith tersebut adalah:
ุจูููููู
ูุง ูููู ููุญูุฏููุซู ุงููููููู
ู ููููุงูู ููููู ู
ูุฒูุงุญู ุจูููููุง ููุถูุญูููููู
ู ููุทูุนููููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููู ุฎูุงุตูุฑูุชููู ุจูุนููุฏู. ููููุงูู: ุฃูุตูุจูุฑูููู. ููููุงูู: ุงุตูุทูุจูุฑู. ููุงูู: ุฅูููู ุนููููููู ููู
ููุตูุง ููููููุณู ุนูููููู ููู
ููุตูุ ููุฑูููุนู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุนููู ููู
ููุตูููุ ููุงุญูุชูุถููููู ููุฌูุนููู ููููุจูููู ููุดูุญูููุ ููุงูู ุฅููููู
ูุง ุฃูุฑูุฏูุชู ููุฐูุง ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู
โKetika dia (Usaid bin Hudhair) sedang berbual dengan kaumnya dan di dalamnya terdapat gurauan yang membuatkan mereka tertawa. Maka Nabi SAW telah memukul pinggangnya dengan sebatang kayu. Maka dia berkata: โBeri saya kesempatan untuk melakukan qisas (membalas dengan yang setimpal).โ Beliau bersabda, โSilakan membalas.โ Dia berkata, โKamu memakai baju, sedangkan aku (ketika kamu memukulku) tidak memakai baju.โ Maka Rasulullah SAW mengangkat bajunya. Maka dia terus memeluk dan mencium pinggang Rasulullah SAW sambil berkata: โInilah yang aku inginkan wahai Rasulullah.โ [Riwayat Abu Daud (5224), Syeikh Syuโaib al-Arnaโouth menyatakan ketika menilai hadith ini bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai) tetapi Abdulrahman bin Abi Layla tidak bertemu Usaid bin Hudhair]
Selain daripada Imam Abu Daud, Imam al-Baghawi di dalam Syarh al-Sunnah, Imam al-Thabarani di dalam al-Muโjam al-Kabir, Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan juga Imam al-Baihaqi di dalam Syuโab al-Iman ada menukilkan hadith ini. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang mencintai Nabi SAW dan para sahabatnya serta memasukkan kita semua ke dalam syuga bersama dengan mereka. Amin.
Wallahuaโlam
+ Mufti Wilayah Persekutuan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!
