Connect with us

Oh! Media

Kisah Seorang Anak Penoreh Getah dan Bonia Bakal Buat Anda Terispirasi

Umum

Kisah Seorang Anak Penoreh Getah dan Bonia Bakal Buat Anda Terispirasi

Lebih 60 tahun lalu, seorang penoreh getah di Melaka memperoleh sembilan orang anak termasuk yang sulung bernama Chiang Sang Sem. Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke rumah bapa saudaranya di Penang ketika usia baru mececah 15 tahun untuk bekerja kilang beg tangan bapa saudaranya itu. Di situ dia belajar melukis beg, menggunting, menjahit hingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15 sebulan.Kemudian dia merantau ke Singapura pada tahun 1971 dan bekerja membuat beg di sebuah kilang yang lebih besar dengan gaji $60 sebulan.

ADVERTISEMENT

Pada tahun 1974, dengan berbekalkan simpanan sebanyak $1,200 dan meminjam lagi $3,800 daripada saudara maranya, Chiang membuka sebuah kilang kecil di republik itu dengan tujuh pekerja. Tiga daripadanya adalah adik-adiknya sendiri. Chiang bayar mereka sehari $1 dengan dia sendiri tidak bergaji untuk beberapa bulan. Di kilang itu, Chiang beli sebuah mesin jahit terpakai, bekerja 15 jam sehari dan tidur di atas katil lipat di kilangnya. Dia sendiri hantar beg yang ditempah kepada pelanggannya dengan menaiki sebuah motorsikal. Sejak itu Chiang tidak berpaling lagi…dari hanya sebuah motorsikal, dia akhirnya dapat membeli sebuah kereta Datsun, kemudian Mazda akhirnya sebuah Mercedes-Benz!

Pada tahun 1978, dia bersama 80 pekerjanya berpindah ke Johor Bahru dan mula menghasilkan beg-beg tangan untuk syarikat-syarikat besar. Menyedari potensi untuk menghasilkan beg jenamanya sendiri, Chiang berpindah pula ke KL dan sebelum membuka butik pertama mereka di Singapura dan seterusnya di kampung halamannya, Melaka.

” Pada tahun 1979, saya melawat Bologna, Itali…dari situ terlintas dalam kepala saya..Bologna, Bologna…ya, Bonia!,” katanya sewaktu diminta menceritakan bagaimana dia mengambil keputusan untuk menggunakan nama BONIA sebagai nama produknya.

Namun bagi Chiang, kejayaan yang dinikmatinya adalah hasil daripada kesukaran dan kepayahan yang dilaluinya selama ini. Ketika berlaku krisis kewangan pada tahun 1997, dia terpaksa menutup kilangnya di Singapura dan menjual banyak hartanya semata-mata untuk membayar hutang. Dia tidak boleh tidur berhari-hari mengenang nasib diri dan perniagaan yang dibangunkannya selama ini. Sampai satu ketika, dia pernah ke padang golf semata-mata untuk melupakan sekejap masalah yang ditanggungnya. Tambah menyedihkan, salah seorang anaknya meninggal dunia kerana terlibat kemalangan jalan raya.

Semasa wabak SARS melanda pada tahun 1993 pula, jualan BONIA jatuh hampir 50 peratus! Semua ini mengajar Chiang supaya lebih berhati-hati dengan pengaliran wang keluar masuk dan betapa pentingnya untuk mempunyai wang tunai yang besar.

Setelah melalui pengalaman yang cukup perit itu, Chiang nekad untuk bangun dan bekerja keras semula. Hasilnya, Chiang kini dah pun mempunyai tiga buah kilang termasuk di China dengan tenaga kerja kesemuanya mencecah 7,000 orang! Dia juga sudah mewujudkan tiga belas lagi jenama produk selain daripada BONIA, antaranya SEMBONIA dan CARLO RINO. Kini hasil jualan Bonia semakin menghampiri angka RM1 bilion setahun!

Salute Mr. Chiang!

Kredit : Syahril A. Kadir

ARMELLE MAGIC COLLAGEN SERUM SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI KALANG…
Armelle Magic Collagen Serum mendapat permintaan yg mengagumkan sehinggakan serum ini semakin mendapat tempat di kalangan selebriti. Dengan keberkesanan yg terbaik, selebriti-selebriti terkenal tanah air mula mengamalkan Armelle Magic Collagen Serum sebelum memulakan aktiviti harian mereka.Menurut mereka, Armelle Serum akan memberikan kesegaran sepanjang hari kepada kulit wajah dan kulit akan lebih cerah berseri tanpa cela selepas mengamalkannya.Armelle Serum juga senang digunakan dan boleh dibawa kemana sahaja kerana saiznya yg mesra pengguna.Armelle Magic Collagen Serum diperkaya dengan bahan semulajadi yg terdiri daripada extract Apple Stemcell & Salmon Kolagen yg digabungkan di dalam 1 serum untuk memberikan keberkesanan yg berlipat ganda pada kulit wajah.Armelle Magic Collagen Serum juga akan merawat sel kulit kita yg semakin berusia supaya lebih tegang dan anjal dengan meransang penghasilan kolagen semulajadi dari sel kulit.Serum ini dihasilkan oleh para saintis dari Perancis dan Korea dan teknologinya digabungkan di dalam 1 serum dan merupakan serum formulasi terbaru yg berdiri seiring dengan produk bertaraf antarabangsa. Armelle Magic Collagen Serum bukan sahaja mendapat tempat di kalangan selebriti malah telah menjadisebutan masyarakat Malaysia.APA FUNGSI ARMELLE SERUM ?1. Mencerah & membersihkan wajah2. Tona kulit sekata3. Menyembuhkan masalah jerawat4. Memudarkan parut jerawat5. Menghalang kulit kering6. Melembabkan kulit wajah7. Menegang & menganjalkan kulit wajah8. Membersihkan wajah dari bakteria9. Meransang penghasilan sel kulit baru10. Meransang penghasilan kolagen semulajadi dari kulit wajah11. Menghalang sinaran UV berlebihan12. Menghilangkan kedutan besar13. Menghilangkan garis halus14. Mengurangkan pigmentasi15. Kulit jadi muda dan berseriLayari www.armelleskincare.com untuk info lanjut Armelle Serum & hubungi Wakil Pengedar yang sah dari website untuk mendapatkannya.Facebook: Armelle Magic Serum HQInstagram: www.instagram.com/armellemagicserum_hqP/S: Wakil pengedar setiap daerah dialu-alukan. Keuntungan tertinggi dalam pasaran kosmetik !Hubungi HQ ditalian 017-2460017 (WhatsApp/SMS) untuk menjadi Wakil Pengedar Sah.
Posted by Oh! Media on Thursday, April 7, 2016

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas