Connect with us

Oh! Media

Kisah Kepayahan Makcik Nak Renew Roadtax Ini Bakal Buat Korang Sebak

Umum

Kisah Kepayahan Makcik Nak Renew Roadtax Ini Bakal Buat Korang Sebak


Kalau kita rasa hidup kita susah, ingatlah bahawa lebih ramai yang mengalami kesukaran hidup lebih hebat dari kita. Apatah lagi apabila pada usia yang sudah lanjut, kehidupan seolah kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

ADVERTISEMENT

Kisah yang dikongsikan oleh saudara Mohammad Molkhan ini benar-benar membuatkan hati sebab apabila melihat kepayahan seorang wanita lanjut usia sedang kerunsingan untuk memperbaharui cukai jalan yang tamat tempoh namun kekurangan wang.

Ternampak Seorang Makcik dan Penjual Insurans sedang berbicara

Pagi tadi aku pergi JPJ untuk buat thumbprint kereta yang aku jual dulu. Dah settle tu aku pun keluar, n lepak kejap kat luar sebab nak snap gambar slip thumbprint tu. Masa tu sebelah aku ada la sorang makcik ni umur dalam lingkungan awal 60an dengan pakaian yg agak lusuh, dengan sorang abang jual insurans tengah bercakap,

Makcik: “Memang nak buat roadtax kene buat insurans ke?”

Insurans: “Iye makcik.lepas tu baru boleh buat roadtax.”

Makcik: “Haih. Taktau pula. Takboleh ke insurans tu bagi free je? Nak hidupkan roadtax pun kene bayar, nk buat insurans kene bayar lagi. Makcik takde duit ni.. (makcik ni memang seorang makcik yg innocent gila)”

Insurans: “Memang tak boleh makcik. Duit insurans tu pun makcik bayar kat saya, saya bayar kat company. Bukan saya ambil duitnya makcik. Maaf la sangat sangat.”

“Ya Allah, kesiannya makcik ni..” Getus hati aku. Makcik tu pun masuk ke dalam, pergi kaunter untuk ambil semula geran motor dia. Lalu aku pun tegur abang insurans tu,

Aku: “Kenapa tu bang?” (buat2 tanya, taknak la nampak sangat telinga kuali nye tu)
Insurans: “Ohh makcik tu, nak buat roadtax tapi takde duit nak beli insurans. Saya nak tolong pun tak boleh sebab saya pun tak ada customer lagi harini.”

Aku: “Berapa insurans motor dia bang?”

Insurans: “Dalam seratus lebih dik.”

Aku pun buka wallet, tengok ada 3 keping RM50, sekeping RM5 dan sekeping RM1.

Aku: “RM150 cukup bang?”

Insurans: “Cukup dik Insyaallah.”

Aku pun hulur duit pada abang insurans tu. Masa ni makcik tu pun dah keluar dari kaunter dan menuju ke arah kami.

Makcik: “Roadtax berapa ringgit pula? Ya Allah makcik betul betul takde duit ni..”

Insurans: “Takpe makcik, makcik cakap terima kasih kat adik ni sebab insurans makcik adik ni dah bayarkan. Roadtax makcik nanti saya bayarkan.” (Alhamdulillah mulia sungguh hati abang insurans ni)

Makcik: “Ya Allah terima kasih la ye nakk. Semoga anak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki blablabla”

Aku: “Sama sama makcik.”

Aku terus berlalu sebab aku tau kalau aku stay lagi, confirm air mata aku meleleh. Jangan masa atas motor on the way dari JPJ pergi carwash aku kat Publika tu aku ketap bibir laa sebab tahan air mata dari keluar. Ya Allah sebak wey..

Sebenarnya kat Malaysia ni 1/10 je rakyat yang hidup selesa, yang selebihnya tu hidup bagai kais sebulan, untuk makan bulan tu je, bulan depan belum tentu lagi. Bukan salah kerajaan tetapkan undang2 kena ada polisi insurans untuk buat roadtax. Bukan salah abang insurans tu tak boleh nak belanja insurans. Bukan salah makcik tu tak mampu nak beli insurans untuk motor dia. Inilah tanggungjawab kita yang mampu untuk bantu mereka yang tak mampu.

Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk bawak kapcai je pergi JPJ pagi tadi. Kalau aku bawak Triumph atau kereta, mesti aku sampai lebih awal dan mesti aku settle thumbprint awal dan mungkin aku tak jumpa n tak dapat tolong makcik tu.

Aku tak kaya, tapi aku tak boleh tengok orang susah, lagi lagi orang tua. Harini hari dia, esok lusa kalau datang hari aku, aku harap ada yang sudi tolong.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas