Connect with us

Oh! Media

Kilang Vaksin Halal Pertama di Dunia Bakal Dibina Malaysia

Oh! Lifestyle

Kilang Vaksin Halal Pertama di Dunia Bakal Dibina Malaysia

Nampaknya Negeri Sembilian dipilih sebagai lokasi pembangunan kilang vaksin halal pertama di dunia dan ia bakal menempatkan Malaysia sebagai peserta antarabangsa dalam pengeluaran vaksin.

ADVERTISEMENT

Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang berkata usaha pembangunan kilang ini akan mengambil masa, namun akan memastikan kemudahan yang disediakan dapat memacu pengeluaran vaksin pada masa depan.

“Dari segi halal sememangnya telah ada vaksin yang halal yang telah dilakukan kajian terperinci dengannya dan kita dalam proses untuk membina kilang vaksin halal yang pertama dalam dunia.

“Jika dapat dibina dan vaksin dapat dikeluarkan, saya yakin ia boleh memberi alternatif kepada ibu bapa kerana ianya halal dan mereka akan dengannya,” katanya.

Isu vaksin kini menjadi perbincangan hangat di kalangan ibu bapa kerana terdapat ramai di antara ibu bapa tidak mahu melakukan vaksin terhadap anak mereka.

Walaubagaimapun, pihak Persatuan Doktor Islam Malaysia dan IMedik Malaysia telah menyatakan bahawa vaksin merupakan satu cara bagi melindungi kanak-kanak daripada penyakit yang berjangkit dan dicegah seperti difteria dan campak.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas