Connect with us

Oh! Media

Khairy Berikan Kata-kata Semangat Kepada Nurul Izzah

Oh! Negara

Khairy Berikan Kata-kata Semangat Kepada Nurul Izzah

Berikutan dengan berita pengunduran Nurul Izzah Anwar setelah meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR, Khairy Jamaluddin di dalam Twitternya, ada memberikan kata-kata semangat yang ditujukan khas buat Izzah.

ADVERTISEMENT

Khairy juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai ‘lawan yang berbaloi’.

“Seorang Ahli Parlimen contoh dan lawan yang berbaloi. Saya pasti apabila negara ini akhirnya sudah bersedia untuk perubahan generasi dalam politik, Nurul Izzah akan kembali.

“Ia teramat sia-sia sekiranya beliau tidak kembali dalam barisan hadapan politik,” kata Ahli Parlimen Rembau itu.

Dalam masa yang sama, YB Izzah turut sempat mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan terhadap dirinuya, “Terima kasih @Khairykj. Anda menjadi inspirasi kepada kawan mahupun lawan di Parlimen sejak 2008. Tidak dapat bayangkan landskap politik Malaysia tanpa kelibat anda. Sokongan saya buat anda,” katanya.

Nurul Izzah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Selepas ini, saya hanya akan menjadi Ahli Parlimen yang tidak mempunyai sebarang portfolio dalam usaha mereformasi kerajaan.

“Saya juga menyerahkan kepada kepemimpinan parti berhubung status saya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas