Connect with us

Oh! Media

Khairul Aming Memasak Dengan Faizal Tahir Masa Hari Ke-6 Puasa Tarik Perhatian Netizen

ohmedia2bkhairulaming2bdan2bfaizal2btahirpng

Oh! Artis

Khairul Aming Memasak Dengan Faizal Tahir Masa Hari Ke-6 Puasa Tarik Perhatian Netizen

Korang dah cuba belum menu berbuka Buttermilk Chicken resepi Khairul Aming dengan Faizal Tahir semalam? Pengikut setia personaliti media sosial masakan, Khairul Aming mesti tahu yang setiap tahun dia pasti akan muncul dengan 1 hari 1 resepi selama 30 hari berpuasa untuk panduan semua pengikutnya di Instagram.

Semalam lebih menarik dan spesial bila suara Faizal Tahir tiba-tiba muncul dalam resepi masakan Buttermilk Chicken untuk menu masakan puasa hari ke-6.

Video perkongsian itu sudah mendapat lebih 1.4 juta tontonan dalam masa hanya 1 hari dan ia telah menarik perhatian netizen yang melihat Khairul Aming kini berada di satu level yang lain bila berjaya menarik penyanyi popular terbabit. Ada juga yang merasakan mungkin selepas ini Khairul Amin akan masak nasi lemak dengan Justin Bieber pula. Haha!

IKLAN

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on



Untuk menu puasa ke-7 pula, Khairul Amin telah berkongsi resepi Kuih Onde-Onde pula. Korang masak apa hari ni untuk berbuka? Tidak kisahlah apapun juadah berbuka kita, jangan lupa mengucapkan syukur dan jangan membazir makanan ya.

Sumber: Instagram Khairulaming

+ Baca respon pembaca yang ikuti Khairul Aming di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas