Connect with us

Oh! Media

Keturunan Imam Mahdi & Usia Pemerintahannya

img 9191png

Umum

Keturunan Imam Mahdi & Usia Pemerintahannya

Soalan:
Adakah Imam Mahdi yang akan muncul nanti dari keturunan Rasulullah saw? Berapa lamakah Imam Mahdi memerintah di bumi?
Jawapan:
Imam Mahdi adalah dari keturunan Rasulullah saw.
Diriwayatkan dari Ummu Salah r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda:
‏ الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ
“Al-Mahdi dari keturunanku dari anak Fathimah r.a.” (Hadith Abu Daud)
Dan diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. nabi saw bersabda:
المَهديُّ منَّا أَهلَ البيتِ يُصلحُهُ اللَّهُ في ليلةٍ
“Al-Mahdi itu dari keluarga rumah kami yang Allah elokkannya dalam satu malam.” (Hadith Ibnu Majah, As-Suyuthi & Abu Nuaim)
Berkenaan lama mana Imam Mahdi memerintah bumi iaitu selama 7 atau 8 tahun.
Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:
يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا، كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا، يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
“Imam Mahdi memerintah bumi dengan penuh kebaikkan dan keadilan seperti mana bumi telah dipenuhi kejahatan dan kezaliman. Memerintah ia selama 7 tahun.” (Hadith Abu Daud)
Dan pada satu riwayat yang juga dari Abu Said Al-Khudri r.a. sabda Nabi saw:
يَعِيشُ سَبْعًا أَوْ ثَمَانِيًا، يَعْنِي حِجَجًا
“Hidup ia selama 7 atau 8 tahun dibumi.” (Hadith Al-Hakim)
Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas