Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Negara Lakukan Pertemuan Terus Bersama Asri Janggut

ohmedia kpn asripng

Umum

Ketua Polis Negara Lakukan Pertemuan Terus Bersama Asri Janggut

Perkembangan baik buat pemilik Hot Burger, Mohd Asri Hamid apabila beliau sebentar tadi telah melakukan perjumpaan empat mata secara terus bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman.

Pertemuan ini dikatakan berlangsung pada jam 3 petang tadi dikongsikan oleh Friends Of PDRM di laman Facebook.

Perkembangan ini secara tidak langsung memberikan semangat dan jaminan kepada Asri untuk terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan keadilan. Ini juga pasti dapat menjamin keselamatannya yang dilihat semakin terancam selepas mendedahkan aktiviti haram yang berlaku di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

IKLAN




Asri juga mengadakan pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli di Parlimen.

Walaupun sebelum ini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan pendedahan itu sebagai fitnah, KPN tetap mengambil serius dan menyiasat anak buahnya bagi memastikan tiada seorangpun berani bekerjasama dengan sindiket.

Kredit: Friend Of PDRM

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Asri di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas