Connect with us

Oh! Media

Kesan Bahaya Beli Rumah Atas Harga Pasaran. Ramai Yang Tak Perasan

Umum

Kesan Bahaya Beli Rumah Atas Harga Pasaran. Ramai Yang Tak Perasan

ADVERTISEMENT


Untuk rumah pertama saya, harga permulaan owner/ejen letak adalah RM90k di website mudah.my.

Tapi saya tak percaya. Selepas dapatkan detail rumah daripada ejen,saya pergi ke bank untuk cek market value (mv). Ternyata mv setakat RM80k sahaja.

Nego harga sampai dapat RM73k (9% below mv), tapi saya masih tak setuju juga. Akhirnya, saya tak jadi beli rumah tu sebab tak dapat harga yang saya nak iaitu RM65k.

Saya cuba lupakan rumah tu selama hampir 2 bulan. Kemudian saya nampak lagi iklan rumah di mudah.my, saya kontek semula ejen tu. Rumah tu belum terjual.

Nego punya nego, dapatlah harga RM66k (17% below mv). Alhamdulillah happy ending. Bank bagi pembiayaan sebanyak 90% daripada harga mv RM72k.

RM72k – RM66k + RM6.6k = RM12.6k

Dengan pembelian rumah ni, saya dapat semula cash back RM12.6k termasuk modal deposit 10% selepas urusan jual beli selesai. Lagi best, owner lama setuju tanggung kos baiki sebanyak RM2k.

Jadi total cashback RM14.6k

Boleh gunakan RM14.6k tu sebagai modal deposit rumah kedua pula.

Apa terjadi kalau saya beli rumah tu atas harga pasaran?

Harga jual: RM90k
Harga mv: RM80k
Bank loan: RM72k
Deposit: RM9k

Berapa modal cash yang saya perlu sediakan?

RM90k – RM72k = RM18k (termasuk deposit RM9k)

Dahlah tak dapat cashback, kena sediakan modal RM18k pulak. Nampak tak bezanya?

Alhamdulillah rumah tu ansuran bulanan RM380, sekarang disewakan dengan RM600. Untung kasar RM220 sebulan. Jadilah buat beli pampers dan susu Raef dan Rifqie. 😀😀😀😀

Nota 1: Rumah tu saya dah renovate letak tile dan table top. Current mv boleh cecah RM90k insyaAllah.

Nota 2: Kadang-kadang rumah above mv pun ada yang menguntungkan. Terpulang kepada pelan pelaburan anda.

#harithfaisal

Cara Nak Check Market Value?

Ada macam-macam cara untuk check market value, paling tepat, tanya kat banker. Provide details pada banker, banker akan call valuer, dan kita akan dapat tau mv rumah tu. Boleh jugak tengok di website mudah.my tapi tak berapa tepat sebab kadang-kadang harga dalam website tu pun ada yang atas market value. Jadi, hati-hati. Jangan sampai terbeli rumah macam tu.

Kita memang boleh agak-agak berapa market value rumah. Tapi, setiap kawasan memang lain harganya. Better check mv dengan banker sebelum beli rumah. Melainkan anda memang mahir kawasan tu.

Dengan harga RM350k, kat Melaka boleh dapat rumah Semi-D 42×87. Fuhhh. Tapi kat Kota Damansara boleh dapat apartment 800sqft jerrr.

Perkongsian oleh Harith Faisal

Malaysia Street Food & Fashion

Malaysia Street Food & Fashion Fest 2015
Malaysia Street Food & Fashion Fest 2015 adalah karnival akhir tahun yang paling gempak bakal diadakan pada 5-6 disember di Bulatan Bazarina. Senang sahaja. Ianya betul-betul berhadapan Stadium Melawati, Shah Alam. Kenapa korang patut serbu karnival ni?Sebab disini menghimpunkan lebih dari 120 booth food & fashion yang memang semuanya best dari TOP VENDOR. Nak makanan dan minuman yang rare, disinilah tempatnya. Selain itu, ada juga booth fesyen, aksesori, gadget yang menawarkan harga istimewa hujung tahun. Pastikan akorang ‘save the date’!! Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk para pengunjung. Kepada vendor yang ingin mendaftar boleh email terus ke [email protected] atau Whatsapp sahaja ke 011-12551266.Nak review lanjut, korang boleh tengok fb mereka urbancrush.fest atau Instagram, www.instagram.com/urbancrush.festKita berpiknik sambil shopping, makan-makan, layan busking dan jangan lupa program charity juga disediakan. Berhibur sambil Beramal. Jom kita kasi havoc!
Posted by Oh! Media on Thursday, November 26, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas