Connect with us

Oh! Media

Kematian Adik Raja Nur Nazwa Ariana, Natizen Luah Kemarahan Pada Pihak Sekolah

Umum

Kematian Adik Raja Nur Nazwa Ariana, Natizen Luah Kemarahan Pada Pihak Sekolah

Semalam, kita digemparkan dengan kes kematian seorang murin sekolah agama berusia 7 tahun, Raja Nur Nazwa Ariana Raja Mohd Shahronizam yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan yang berada di belakang sebuah sekolah agama di Jasin, Melaka. Hal ini membangkitkan kemarahan warga internet terutamanya yang menyalahkan pihak sekolah kerana cuai hingga terkorbannya nyawa seorang kanak-kanak.

ADVERTISEMENT

Berikut adalah berita penuh seperti yang disiarkan Berita Harian;

JASIN: Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di belakang Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, petang tadi. Raja Nur Nazwa Ariana Raja Mohd Shahronizam, 7, sebelum itu dilihat bermain bersama beberapa rakannya ketika waktu rehat, kira-kira jam 4.45 petang apabila dikatakan terjatuh ke dalam lubang itu bersama seorang murid lelaki.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu terselamat selepas dikatakan sempat berpaut pada batang paip di dalam lubang sedalam 3.6 meter itu. Tinjauan BH mendapati lubang itu hanya ditutup dengan bahan diperbuat daripada bekas gentian kaca. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim, berkata sepasukan lapan anggotanya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan jam 4.53 petang.

“Ada empat lubang kumbahan yang dihubungkan dalam satu tangki besar dipenuhi air sedalam 3.6 meter. Sebaik operasi menyedut air selesai, anggota bomba masuk ke dalam tangki itu dan menemui mangsa dalam tempoh kurang seminit.

“Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Merlimau di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Muar untuk bedah siasat,” katanya. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Warga internet melahirkan rasa simpati dalam masa yang sama berasa kesal dengan pihak sekolah yang hanya menutup lubang tersebut dengan fiberglass sahaja.

“boleh saman x agak nye lw cmni…atas sbb kecuaian…xleh nk salah kn murid…sbb mmg kanak2 lg…pihak sekolah la yg cuai…ishhh sayu nye….aku tgk pn meleleh air mata….sbb aku pn ade ank2…jauh kn la…. al-fatihah buat adek ni….n takziah tok keluarga arwah….” – Yumie Hanis

“Boleh dikatakan sebagai lubang maut pertama mmg boleh mendatangkan kematian terus kedua pembiakan nyamuk aedes,malaria dan sebagainya, ketiga tempat perlindungan bagi haiwan2 berbisa seperti ular.. habis la guru besar kena hentam.. xleh guna akal pengurusan sekolah ni… Dh berlaku kematian baru nk ambil tindakan dh terlambat bai satu nyawa dh melayang.” – Syhaffiq Harrizz

“Kebodohan apekah ini?????? Sedihnye hati seorang ibu.. kecuaian pengurusan dr pihak sekolah/kementerian mengakibatkan kehilangan nyawa seorang murid yg xberdosa.. sy xdpt bygkn jika sy yg berada d tempat ibu arwah .. salam takziah.” – Ismi Ct Hazariah

Baca respon lain di Facebook Oh! Media.

Al-Fatihah buat adik Raja Nur Nazwa Ariana Raja Mohd Shahronizam. Semoga kedua ibu dan bapanya tabah menghadapi dubaan ini. InsyaAllah, syurga untukmu, dik.

Vape . Grill . Cafe

Time tengah lapar ni laa tertengok video macam ni! Menggelodak perut hoiii! Petang ni jugak nak pergi!!Facebook: VGC…

Posted by Oh! Media on Monday, February 1, 2016

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas