Umum
Kes Bunuh Zulfarhan Osman. Tertuduh Perlu Bela Diri

Baru sahaja hari ini mahkamah memutuskan bahawa 18 tertuduh perlu membela diri berkaitan kes pembunuhan Zulfarhan Osman. Ini kerana Hakim Datuk Azman Abdullah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Prima facie adalah keterangan yang meyakinkan mahkamah bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa adalah mencukupi untuk memastikan wujudnya elemen utama dalam pertuduhun kes jenayah.
Bagaimanapun hanya seorang penuntut sahaja bebas mutlak, iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.
Kesemua tertuduh perlu membela diri atas 3 pertuduhan, antaranya membunuh, bersubahat membunuh dan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Sementara itu, bapa kepada mangsa, Zulkrnain Idros melakukan sujud syukur diluar mahkamah setelah mendengar keputusan mahkamah.
Sujud syukur bapa kepada Allahyarham Zulfarhan bila semua pesalah disabit kesalahan dan diminta membela diri. Semoga kematian arwah Zulfarhan terbela. pic.twitter.com/Yu5lKpMXtP— OHMEDIA (@ohtweet) July 31, 2019
Sumber : Metro Online
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM