Connect with us

Oh! Media

Kereta Api Laju India Bertembung Lembu

Umum

Kereta Api Laju India Bertembung Lembu

Kereta api separuh laju pertama India tidak berfungsi hari ini selepas bertembung dengan seekor lembu di atas landasan, sehari selepas Perdana Menteri Narendra Modi melancarkan perkhidmatan penumpang baru itu.

ADVERTISEMENT

Kereta Api Ekpress Vande Bharat, yang dianggap sebagai kereta api paling laju di India dan dibina di bawah program ‘Make in India’ kerajaan pimpinan Modi, membuat perjalanan pertama semalam dari New Delhi ke bandar raya Varanasi.

Dalam dalam perjalanan pulang ke bandar raya itu hari berikutnya, pertembungan dengan lembu mengganggu bekalan elektrik kepada empat gerabak dan merosakkan sistem brek, menurut Indian Railways.

“Kereta api itu kemudian mengalami isu teknikal dan terkandas dalam perjalanan ke New Delhi,” kata jurucakap syarikat itu, Smita Vats Sharma.

Kereta api itu tiba dengan selamat di ibu kota India berkenaan menjelang perjalanan komersil pertamanya esok.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas