Connect with us

Oh! Media

Kereta Api Ekspres India Tergelincir Mengorbankan Enam Orang Penumpang

Umum

Kereta Api Ekspres India Tergelincir Mengorbankan Enam Orang Penumpang

Sembilan gerabak kereta api ekspres India dilaporkan telah tergelincir dan telah mengorbankan kira-kira enam orang penumpang serta lebih 20 oranf cedera yang berlaku di timur negeri Bihar.

ADVERTISEMENT

Pihak berkuasa Delhi melaporkan, kereta api itu dalam perjalanan dari Delhi menuju ke Seemanchal.

Pasukan penyelamat dan anjing pengesan digunakan untuk mencari penumpang yang terperangkap di dalam gerabak.

Menurut pihak berkuasa, kebanyakan penumpang tertidur ketika kereta api itu sedang bergerak pada kejaluan 55 kilometer sejam, kira-kira sejam sebelum ia tergelincir sekitar jam 4.00 pagi waktu tempatan.

Sementara itu Kereta api India dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati keretakan rel menjadi punca kemalangan itu.

Kementerian perkhidmatan rel dalam satu kenyataan, mengesahkan bayaran pampasan 500,000 rupe (RM28,675.50) bakal diberikan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas