Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Terengganu Akan Lakukan Langkah Penjimatan Dengan Menutup Anak Syarikat Kerajaan

Oh! Negara

Kerajaan Terengganu Akan Lakukan Langkah Penjimatan Dengan Menutup Anak Syarikat Kerajaan

Dalam melakukan langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri, Terengganu kini akan menutup lebih 50 anak syarikat kerajaan Terengganu yang dilihat tidak lagi melakukan sebarang perniagaan.

ADVERTISEMENT

Ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berkata langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang beratus ribu ringgit setahun yang digunakan selama ini untuk mengurus tadbir syarikat walaupun tidak memberikan sebarang sumbangan kepada ekonomi negeri.

“Ada sebahagiannya langsung tidak menjalankan sebarang perniagaan…kita tidak tahu kenapa sebelum ini tiada langkah penutupan dilakukan.

“Jika kita tidak tutup syarikat ini, kita masih perlu menanggung kos pentadbiran ratusan ribu ringgit setahun kerana perlu bayar kepada setiausaha syarikat yang akan buat audit dan penama-penama yang mentadbir syarikat ini.

“Selepas penutupan syarikat ini, kerajaan negeri boleh tumpu kepada syarikat yang lebih berdaya maju dalam perniagaan dan wang ratusan ribu ringgit itu boleh disalurkan kepada perkara yang lebih penting,” katanya kepada pemberita.

“Langkah seterusnya, kita akan buat penggabungan syarikat selepas kita ‘memperkemaskan’ mana-mana syarikat yang tidak diperlukan di bawah segmen perniagaan yang kita dah ada, contohnya bidang perhotelan, perladangan, minyak dan gas serta pembinaan.

“Bila kita buat penggabungan syarikat milik kerajaan negeri, semua aset yang kita milik boleh digunakan bersama, syarikat akan jadi lebih besar lagi kukuh, lebih mudah untuk bersaing dengan syarikat lain di luar sana,” katanya.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas