Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Setuju Pinda Undang-Undang, Kenakan Hukuman Lebih Berat Kepada Pemandu Mabuk!

Umum

Kerajaan Setuju Pinda Undang-Undang, Kenakan Hukuman Lebih Berat Kepada Pemandu Mabuk!

Akhir-akhir ini, kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini kes pelajar sekolah yang dilanggar ketika hendak pergi kesekolah, kemudian brader-brader di Klang yang sedang on the way ke tempat kerja yang mengakibatkan seorang brader tu menemui ajal. Justeru itu, ramai netizen mempersoal undang-undang sedia ada dilihat tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

ADVERTISEMENT

Oleh yang demikian, kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedia berbincangan dengan pihak Polis, Peguam Negara serta pihak-pihak berkepentingan. Dipetik dari Sinar Harian, Anthony Loke berkata , tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.

Untuk Seksyen 41, ia berkaitan dengan kepekatan alkohol dalam darah, bagi Seksyen 41 ia membabitkan pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian dan Seksyen 45, memandu dalam keadaan mabuk dan bawah pengaruh dadah. Untuk info korang, peruntukan undang-undang kepekatan alkohol untuk pemandu di Malaysia kurang ketat kerana tidak mengikuti piawaian standard Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

Sumber: Sinar Harian 

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas