Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Sedang Mengkaji Untuk Tetapkan Had Masa Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun

1 254png

Oh! Lifestyle

Kerajaan Sedang Mengkaji Untuk Tetapkan Had Masa Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun

Kerajaan dan pihak berkuasa dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kini mereka sedang mempertimbangkan untuk menetapkan had masa kepada remaja di bawah umur untuk keluar rumah pada waktu malam dan tanpa pengawasan orang dewasa.

Larangn ini dilihat perlu dan seharusnya dipertimbangkan bagi melindungi mereka daripada kegiatan dan pengaruh negatif yang dilihat semakin tidak terkawal dan akan terus terbiar jika tidak dilakukan sesuatu.

Jika ia ditetapkan, Malaysia bukanlah menjadi negara pertama yang akan memperkenalkan ‘perintah berkurung’ ini.

IKLAN

Negara seperti Iceland contohnya telah mengamalkan polisi ini, di mana di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak di Iceland, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan untuk berada di luar rumah selepas jam 8 malam kecuali diiringi oleh orang dewasa.

Kanak-kanak berumur 13 hingga 16 tahun pula tidak boleh berada di luar rumah selepas jam 10 malam, kecuali jika mereka pulang dari acara yang diiktiraf oleh sekolah, organisasi sukan atau kelab belia di sana.

Mereka yang melanggar undang-undang ini akan dibawa ke balai polis dan ibu bapa mereka perlu mengambil mereka di sana.

Dr Wan Azizah juga mengatakan bahawa “Ini masih di peringkat cadangan. Kita masih belum memikirkan tindakan-tindakan hukuman serta unsur-unsur pendidikan yang kita mahu sebagai sebahagian daripada undang-undang.”

“Tetapi apa yang pasti ialah kita perlu memastikan bahawa generasi masa depan kita tidak ketagih dengan produk psikotropik dan menghidu gam,” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas